‘Jangan berani salahkan Agong, unit berkaitan jemputan dari Istana wajib jawab’ – Haniff Khatri

Menurut Haniff, keadaan di mana seorang bekas Perdana Menteri disabit kesalahan jenayah di mahkamah belum pernah berlaku, dan unit protokol mungkin tidak mengambil kira perkara ini apabila mengeluarkan jemputan. Sumber (gambar): Fail TTF

ءجاڠن براني سالهكن اڬوڠ، اونيت بركاءيتن جمڤوتن دري ايستان واجب جوابء – حنيفف خطري

Majlis rasmi seperti majlis Iftar bersama Yang Di-Pertuan Agong yang diadakan di Istana Negara baru-baru ini penting, kerana ia merupakan pengiktirafan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam struktur tadbir urus negara oleh Ketua Negara.

Menurut Haniff, Istana Negara mempunyai pelbagai jabatan dan unit yang bertanggungjawab dalam urus tadbir Istana dari masa ke semasa, termasuk tanggungjawab mengadakan majlis-majlis rasmi.

“Unit berkenaan adalah di Istana, dan saya difahamkan, terdapat juga satu unit protokol di Jabatan Perdana Menteri berkaitan majlis-majlis keramaian yang akan membantu unit protokol dan majlis Istana berkaitan jemputan.

“Agong hanya sebagai ketua, Agong hanya sebagai “hos,” tapi jangan kita berani salahkan Agong, sebab dia bukan bekerja untuk buat jemputan secara sendiri,” kata Haniff.

Atas dasar formaliti, majlis ini dikelolakan oleh Yang Di-Pertuan Agong, namun secara praktikal dan logik, Yang Di Pertuan Agong bukanlah individu yang mengeluarkan jemputan.

Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dalam sesi temubual secara live semalam di Youtube Raggie Jessy Rithaudeen (tonton di hujung bawah atau klik di sini), bagi membincangkan kewajaran seorang pesalah mahkamah dijemput ke majlis Iftar bersama Yang Di Pertuan Agong.

Menurut Haniff, Istana Negara mempunyai pelbagai jabatan dan unit yang bertanggungjawab dalam urus tadbir Istana dari masa ke semasa, termasuk tanggungjawab mengadakan majlis-majlis rasmi.

“Unit berkenaan adalah di Istana, dan saya difahamkan, terdapat juga satu unit protokol di Jabatan Perdana Menteri berkaitan majlis-majlis keramaian yang akan membantu unit protokol dan majlis Istana berkaitan jemputan.

“Ini lebih kurang adalah konsep pengelolaan (bagi majlis-majlis sedemikian).

“Agong hanya sebagai ketua, Agong hanya sebagai “hos,” tapi jangan kita berani salahkan Agong, sebab dia bukan bekerja untuk buat jemputan secara sendiri,” kata Haniff.

Menurutnya lagi, keadaannya berbeza bila ada majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, di mana Agong akan menyediakan juga senarai jemputan selain unit protokol.

Bagaimanapun, Haniff menegaskan bahawa beliau tidak semestinya tepat dalam merungkai perkara ini.

Loading...

“Mungkin unit protokol di Istana mahupun unit protokol di Jabatan Perdana Menteri sudah berubah fungsi mereka.

“Jadi pihak yang lebih layak daripada Istana wajib menjawab perkara ini supaya rakyat faham dan dapat meredakan emosi yang memuncak-muncak.”

Haniff berkata demikian dalam menjawab pertanyaan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak, yang merupakan “pesalah mahkamah,” boleh dijemput ke majlis Iftar bersama Yang Di-Pertuan Agong.

Menurut Haniff, keadaan di mana seorang bekas Perdana Menteri disabit kesalahan jenayah di mahkamah belum pernah berlaku, dan unit protokol mungkin tidak mengambil kira perkara ini apabila mengeluarkan jemputan.

THE THIRD FORCE

SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:

YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments

Loading...