Raggie Jessy Rithaudeen
Saya menyokong penuh usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) membanteras kegiatan keganasan di Malaysia melibatkan kumpukan LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam) atau mana-mana organisasi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia sebagai organisasi pengganas.
Saya turut mengesyorkan agar pihak polis menyiasat beberapa organisasi dan individu lain di Malaysia yang disyaki terlibat dengan kumpulan-kumpulan asing yang cuba masuk campur urusan politik dan pentadbiran negara.
Ini termasuklah Bersih 2.0 bersama bekas penaungnya, Dato’ Ambiga Sreenevasan, dimana kedua-dua mereka ini pernah terlibat secara langsung dengan bebeapa organisasi milik George Soros, termasuk Open Society Foundations (OSF).
Dalam satu kenyataan bertarikh 2hb November 2016, OSF mengaku menghulurkan dana berbentuk wang gran kepada Bersih dan beberapa organisasi lain di Malaysia.
Tidak dapat dinafikan bahawa dana tersebut disalurkan untuk melakukan “kerja-kerja penyelidikan” yang disyaki bertujuan menumbangkan kerajaan Malaysia menerusi manipulasi pilihanraya tempatan.
Perkara ini amatlah membimbangkan, kerana ianya bukti wujud unsur subahat melibatkan Ambiga, Bersih dan organisasi tempatan lain bersama warga asing yang mampu gangu-gugat kestabilan negara.
Ianya turut melibatkan isu keselamatan nasional, kerana bukan hanya subahat sedemikian membawa padah kepada institusi demokrasi, ianya turut merupakan cabaran kepada kedaulatan negara malah boleh ditafsir sebagai pelancaran perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Satu dokumen sulit bertajuk “OSF’s Malaysia Programme” yang dibocorkan DC Leaks pada 31hb Oktober 2016 memaparkan minit mesyuarat bertarikh 22hb Jun 2015 yang jelas menunjukkan minat spesifik OSF terhadap pilihanraya di Malaysia.
Apa yang mengejutkan ialah dokumen tersebut jelas mengandungi rujukan kepada sokongan OSF terhadap organisasi-organisasi tempatan yang “berjuang bagi pilihanraya yang bebas dan adil.”
Ironinya, usahasama Bersih dan organisasi tempatan lain dengan OSF bercanggah dengan konsep “berjuang bagi pilihanraya yang bebas dan adil” memandangkan penglibatan sulit kuasa luar dalam pilihanraya negara merupakan “campurtangan kuasa asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara.”
Lebih mengejutkan lagi ialah pengakuan yang dibuat Majlis Peguam empat hari selepas dokumen “OSF’s Malaysia Programme” dibocorkan, di mana wakilnya mengaku menerima gran USD15,000 dari OSF, menandakan Majlis Peguam turut bersubahat dengan kuasa luar dan disyaki cuba membantu kuasa tersebut mempengaruhi pilihanraya Malaysia.
Kesemua ini amatlah membimbangkan dan tidak harus dilepas pandang oleh pihak PDRM.
Ini memandangkan OSF bersangkut secara langsung dengan George Soros yang sememangnya disyaki oleh beberapa kuasa besar dunia sebagai penyokong kumpulan-kumpulan pengganas tertentu dan dituduh meruntuhkan beberapa kerajaan dunia.
Malah, pada 21hb November 2018, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan sendiri mendakwa Soros “merupakan seorang yang teramat kaya yang ditugaskan memecah belahkan dan menghancurkan beberapa negara.”
Justeru, saya berharap agar pihak PDRM tidak hanya berhenti setakat LTTE tetapi turut menyiasat Ambiga, Bersih dan Majlis Peguam serta hubungkait mereka dengan OSF dan beberapa ahli politik DAP.
Saya mengesyorkan agar segala rekod dokumentasi dan perakaunan melibatkan Ambiga, Bersih dan Majlis Peguam dikorek dan disiasat bagi mengesan semua bentuk aliran dana dan aktiviti yang bersangkut-paut dengan OSF atau mana-mana organisasi lain yang mencurigakan.
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
