Jangan bohong, PM tidak pernah sokong pindaan perlembagaan UMNO

“Sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri tidak tertakluk kepada sebarang ketetapan UMNO, kerana secara berperlembagaan, seorang Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Yang Di-Pertuan Agong, Kabinet Persekutuan dan rakyat, bukannya ketetapan parti politik”

Raggie Jessy Rithaudeen

جاڠن بوهوڠ، ڤي عيم تيدق ڤرنه سوكوڠ ڤيندأن ڤرلمباڬان امنو

Dakwaan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan, kononnya Perdana Menteri sendiri menyokong usul pindaan perlembagaan parti bagi penangguhan pemilihan sehingga enam bulan selepas Pilihan Raya Umum sah palsu.

Sebaliknya, Datuk Seri Ismail Sabri selaku Perdana Menteri hanya pernah menyuarakan harapannya agar RoS memberi jawapan kepada UMNO selewat-lewatnya pada 16hb Julai.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Barangkali Shahril terkeliru dengan sokongan Ismail Sabri terhadap usul pindaan itu pada perhimpunan Agung khas UMNO 15hb Mei lalu.

Pada perhimpunan itu, Ismail Sabri melaksanakan tugasnya sebagai ahli UMNO dan naib presiden parti, bukannya Perdana Menteri.

Namun, sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri tidak tertakluk kepada sebarang ketetapan UMNO, kerana secara berperlembagaan, seorang Perdana Menteri bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Yang Di-Pertuan Agong, Kabinet Persekutuan dan rakyat, bukannya ketetapan parti politik.

Perbezaan peranan ini dipamirkan dengan jelas oleh Ismail Sabri apabila beliau menegaskan, sebagai Perdana Menteri, bahawa sebarang keputusan berkaitan pindaan perlembagaan UMNO perlu diajukan kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Jadi bohonglah jika ada mana-mana pihak daripada UMNO mendakwa “PM sendiri menyokong pindaan perlembagaan UMNO.”



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...