Jangan cuba cabar hak dan perlembagaan – Azwandin JMM

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar menegaskan beliau akan terus memperjuangkan hak orang Melayu dan memberi amaran kepada parti DAP bahawa JMM akan bangkit secara besar-besaran sekiranya didesak.

Azwanddin turut menegaskan JMM bukan pertubuhan yang berunsurkan perkauman semata-mata, tetapi pertubuhan yang ingin menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam serta menentang perjuangan DAP.


AMPANG: Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah Ariffin Abu Bakar menegaskan beliau akan terus memperjuangkan hak orang Melayu dan memberi amaran kepada parti DAP bahawa JMM akan bangkit secara besar-besaran sekiranya didesak.

Azwanddin dan Raggie Jessy Rithaudeen yang merupakan Presiden Gagasan Tiga (G3) hadir Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang di sini, hari ini bagi membantu siasatan berhubung aduan ucapan yang menyentuh sensitiviti agama serta perkauman

“Semakin anda menekan saya, semakin saya akan bertarung, jangan cuba mengganggu hak orang Melayu, kita akan menentang.


“Jangan cuba cabar hak dan perlembagaan. Jika masuk lokap sekalipun, kita tetap akan bangkit menentang mereka” kata Azwanddin sebelum memasuki Ibu Pejabat Polis daerah di Ampang Jaya.

Azwanddin turut menegaskan JMM bukan pertubuhan yang berunsurkan perkauman semata-mata, tetapi pertubuhan yang ingin menjaga kepentingan orang Melayu dan Islam serta menentang perjuangan DAP.

Azwanddin berkata, polis memanggilnya sejak Jumaat lalu namun tidak dapat hadir ke IPD Ampang berikutan beliau berada di Johor.

“Pada ketika itu saya berada di Johor untuk menghadiri beberapa program di sana, saya berjanji untuk hadir beri keterangan hari ini,” katanya.

“Saya belum tahu siasatan mengikut seksyen apa yang akan dikenakan ke atas diri saya,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata polis akan memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan), Senator P Waytha Moorthy serta tujuh lagi individu bagi dirakam keterangan berhubung isu menyentuh sensitiviti yang mencetuskan ketegangan di negara ini.

“Kesemua individu itu akan dipanggil dalam waktu terdekat bagi membantu siasatan terhadap beberapa kes yang disiasat mengikut Seksyen 504, 505 dan 506 Kanun Keseksaan berikutan menimbulkan isu sensitif membabitkan agama serta kaum.

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya mengambil berat berhubung isu itu terutama yang membabitkan keselamatan negara, sensitif serta menjejaskan keharmonian negara.

Sumber: Air Times

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...