Jangan hanya jadi ahli politik kerana wang, kuasa dan kedudukan

Raggie Jessy Rithaudeen

جاڠن هاڽ جادي اهلي ڤوليتيك كران واڠ، كواس دان كدودوكن

Menurut portal “The World Counts,” seramai 7,719,186 mati tahun ini disebabkan kebuluran.

Bayangkan, jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia berjaya mengumpul AS$ 5.635 bilion setiap tahun daripada negara-negara yang berkemampuan, AS$2 (atau RM8) dapat dibelanjakan setiap hari bagi setiap seorang daripada 7,719,186 yang mati tahun ini untuk menampung bekalan asas makanan harian mereka.




Contohnya, membeli roti, sardin dan dua botol air mineral sahaja (kurang daripada RM16) dapat menampung pemakanan seseorang selama dua hari, mungkin lebih.

Takkan AS$ 5.635 bilion sukar dibelanjakan negara-negara sedunia yang mampu??

Kalau 10 negara membelanjakan AS500 juta setiap satu, sudah ada AS$5 bilion dalam “Tabung Kebuluran” yang dikhususkan untuk mengatasi krisis kematian disebabkan kebuluran.

Takkan Malaysia tak mampu keluarkan AS$500 juta (lebih kurang RM2 bilion), sedangkan kita berbelanja hampir RM5 bilion bagi ‘penawar’ Covid-19 buat seluruh rakyat Malaysia dan negara-negara sedunia sudah belanja berpuluh-puluh bilion (AS$) setakat ini?

Jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia benar-benar serius memikirkan kesejahteraan penduduk sedunia, masalah kematian disebabkan kebuluran pasti tidak akan terjadi.

Tetapi mereka buat seolah-olah masalah kebuluran bukannya krisis, bukan seperti krisis Covid-19 yang melanda sekarang yang menelan belanja berpuluh-puluh bilion AS$ yang begitu mudah dibelanjakan.

Apakah ahli-ahli politik kita tidak nampak semua ini?

Loading...

Di manakah suara ahli-ahli politik kita?

Siapa yang sanggup menekan kerajaan supaya menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengajak negara-negara sedunia bersama-sama membanteras masalah kebuluran?

Siapa yang sanggup menekan kerajaan untuk membelanjakan RM500 juta setiap tahun menerusi Tabung Khas untuk memastikan bahawa tidak ada seorang pun yang mati di negara ini kerana kebuluran ketika krisis kesihatan melanda?

Apa yang telah saya utarakan hanyalah satu daripada berpuluh-puluh isu yang mampu diperjuangkan oleh ahli-ahli politik yang benar-benar berada di landasan kebenaran.

Apakah ahli-ahli politik kita hanya tahu bercatur dan memikirkan cara untuk menjadi lebih popular demi memastikan kelangsungan politik mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 sehingga terlupa tanggungjawab mereka sebagai penegak kebenaran?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...