Jangan lakukan pindaan semata-mata nak buat pindaan

Najib Razak

Forum Ekonomi Dunia meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang paling kompetitif di dunia, di tangga ke-23.

Mengikut andaian Bank Dunia, kita berada di ambang sebuah ekonomi yang boleh diiktiraf sebagai advanced economy dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Ini semua menunjukkan bahawa kita telah dapat melaksanakan perubahan yang begitu kukuh dan berkesan pada ekonomi kita.

Saya berharap kerajaan baharu ini tidak melakukan pindaan semata-mata nak buat pindaan. Tetapi kalau nak lakukan pindaan, ia semestinya membawa kepada sesuatu penambahbaikan daripada apa yang telah kita lakukan.

Kalau timbul banyak ketidaktentuan, maka ini boleh menjejaskan keyakinan pasaran kepada Malaysia.

Comments

Comments

Comments

Comments