Jangan mimpi ahli parlimen Perikatan akan lompat sokong Pakatan jika Anwar namakan diri calon Perdana Menteri

Tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan disebabkan oleh Anwar sendiri apabila majoriti ahli parlimen dari PPBM dan sebilangan mereka dari PKR bertindak mengkhianati Pakatan Harapan untuk mencantas usaha Anwar mengambil alih dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Sumber (gambar): TTF

ڤاكستان هارڤن اكن هنچور دسببكن ءتندوق ابليسء انور

Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim berdegil untuk dinamakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, dan sekiranya ada di kalangan pemimpin Pakatan Harapan menyokong pencalonan ini semata-mata untuk mengelakkan dari berselisih dengan Anwar, Pakatan Harapan akan hancur.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata selagi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan tidak sedar akan perkara ini, selagi itulah akan berlaku “kebocoran” sokongan ahli-ahli parlimen ke arah Perikatan Nasional.

Kebelakangan ini, PKR mengalami perpecahan teruk apabila ramai di kalangan pemimpinnya meletakkan jawatan dari kepimpinan parti atas dasar tidak percaya terhadap Anwar.

Menurut sumber dalaman dari PKR, sebaik sahaja Anwar mengenepikan dirinya secara rasmi dari kepimpinan utama Pakatan Harapan, ramai dari kalangan ahli-ahli parlimen PPBM akan kembali ke Pakatan Harapan.


PETALING JAYA: Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim berdegil untuk dinamakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, dan sekiranya ada di kalangan pemimpin Pakatan Harapan menyokong pencalonan ini semata-mata untuk mengelakkan dari berselisih dengan Anwar, Pakatan Harapan akan hancur.

Ini kerana tumbangnya kerajaan pimpinan Pakatan Harapan disebabkan oleh Anwar sendiri apabila majoriti ahli parlimen dari PPBM dan sebilangan mereka dari PKR bertindak mengkhianati Pakatan Harapan untuk mencantas usaha Anwar mengambil alih dari Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.




Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang berkata selagi pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan tidak sedar akan perkara ini, selagi itulah akan berlaku “kebocoran” sokongan ahli-ahli parlimen ke arah Perikatan Nasional.

“Pemimpin-pemimpin PH sesetengahnya ‘buta mata’ dan ‘buta hati’, mereka terlalu taksub dan beri sokongan secara ‘membabi buta’ terhadap Anwar Ibrahim.

“Kerajaan PN akan berasa selesa selagi Anwar Ibrahim bersikap agresif berkempen untuk namakan dirinya sebagai calon PM.

Ini keranasituasi ini akan membuatkan lebih ramai lagi ahli-ahli parlimen dari PKR meninggalkan parti itu dan memberi sokongan pada PN.

“PH akhirnya akan tumbang dengan agenda rakus politik Anwar Ibrahim. Bukan saja orang-orang politik tidak menyokongnya malahan majoriti dari rakyat Malaysia sudah menolak beliau kerana ramai yang mengenali siapa dirinya  yang sebenar.

Kebelakangan ini, PKR mengalami perpecahan teruk apabila ramai di kalangan pemimpinnya meletakkan jawatan dari kepimpinan parti atas dasar tidak percaya terhadap Anwar.

TTF difahamkan peralihan sokongan tiga hingga lima ahli parlimen dari parti berkenaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal berlaku bukan atas pelawaan Muhyiddin tetapi kerana ahli-ahli parlimen ini ingin menguburkan terus impian Anwar menjadi Perdana Menteri.

Loading...

Menurut sumber dalaman dari PKR, sebaik sahaja Anwar mengenepikan dirinya secara rasmi dari kepimpinan utama Pakatan Harapan, ramai dari kalangan ahli-ahli parlimen PPBM akan kembali ke Pakatan Harapan.

Khairuddin mendakwa, pengunduran Anwar turut amat perlu atas dasar aqidah agama.

“Anwar Ibrahim adalah liabiliti pada PH. Beliau hanya ‘syok sendiri’ dan gagal memahami bahawa dirinya sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik negara.

“Atas dasar prinsip saya juga akan lawan Anwar Ibrahim secara bermati-matian sekali lagi dan tidak sama sekali mengizinkan ‘manusia berpenyakit’ ini dari meminpin negara.

“Ini bukan persoalan politik tetapi ianya adalah soal aqidah agama.

Jangan sama sekali serah kuasa pada Anwar Ibrahim. Beliau adalah manusia ‘fasiq’ dan ‘hipokrit’ yang tidak boleh dipercayai.

‘Tanduk iblis’ nya akan keluar apabila beliau mendapat kuasa dan kemungkinannya akan bertukar menjadi seorang pemimpin yang paling korup dari segenap segi pada waktu itu.

“Selagi Anwar Ibrahim berada dalam pesada lanskap politik negara maka selagi itulah senario politik tanahair akan jadi ‘haru biru’.

“Sekiranya kita semua mahukan tanahair tercinta ini selamat; keseluruhan rakyat harus tolak calon perdana menteri dari PH ini.

“Sokong Anwar Ibrahim maka gelaplah masa depan kesejahteraan negara ini. Malaysia akan hancur sekiranya Anwar Ibrahim menjadi perdana menterinya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...