Jangan perlekeh agama saya, Kit Siang

Najib Razak

Saya tidak faham obsesi Lim Kit Siang terhadap saya sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang saya secara peribadi walaupun saya tidak lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO dan BN.

Tetapi, kenyataan Kit Siang hari ini tentang saya di mana beliau menyamakan Islam dengan “kleptokrasi” jika BN menang PRK Sg Kandis adalah melampaui batas.

Saya tidak akan dapat menghentikan obsesinya terhadap saya namun Kit Siang tidak patut memperlekeh agama saya dan dijadikan bahan kempen politik.

Comments

Comments