Jangan sampai pasport Najib dipulangkan, beliau disabit kesalahan jenayah berat

Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah berhubung permohonan Zahid dan Rosmah memandangkan kedua-duanya terlibat dengan pertuduhan jenayah berprofil tinggi yang menjadi perhatian seluruh dunia dan boleh menggunakan peluang ini untuk melarikan diri sebelum parlimen dibubarkan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Saya berharap Mahkamah tidak akan meluluskan permohonan Najib memandangkan beliau sudahpun disabit kesalahan atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC)”

Raggie Jessy Rithaudeen

جاڠن سمڤأي ڤسڤورة نجيب دڤولڠكن، بلياو دسابيت كسالهن جنايه برت

Selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur meluluskan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datin Seri Rosmah Mansor agar passport mereka dipulangkan sementara, kini tiba giliran Datuk Seri Najib Tun Razak pula membuat permohonan yang sama.

Sebentar tadi, media melaporkan bahawa pasukan pembelaan Najib memfailkan permohonan berkaitan pasport tersebut ke Mahkamah Rayuan di Kuala Lumpur atas alasan ingin menemani anak perempuannya, Nooryana Najwa, yang dijangka akan melahirkan anak kedua tidak lama lagi.




Awal hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan membenarkan permohonan Rosmah Mansor untuk mendapatkan semula pasportnya, bagi membolehkan beliau ke Singapura untuk menemani anak perempuannya Nooryana Najwa, yang dijangka melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah, memberitahu mahkamah, anak perempuan pemohon, Nooryana Najwa sedang sarat mengandung lapan bulan dan bakal melahirkan anak keduanya di Singapura

Sebelum ini, permohonan Zahid supaya pasportnya dikembalikan sementara bagi membolehkan beliau menerima rawatan di Munich, Jerman diluluskan, tidak sampai tiga hari sebelum permohonan Rosmah diluluskan.

Saya amat kecewa dengan keputusan Mahkamah berhubung permohonan Zahid dan Rosmah, memandangkan kedua-duanya terlibat dengan pertuduhan jenayah berprofil tinggi yang menjadi perhatian seluruh dunia dan boleh menggunakan peluang ini untuk melarikan diri sebelum parlimen dibubarkan.

Saya berharap Mahkamah tidak akan meluluskan permohonan Najib memandangkan beliau sudahpun disabit kesalahan atas tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Sebelum ini, saya menulis:

“Maaf, saya tak percaya lagi pada Mahkamah atau sistem keadilan Malaysia yang sanggup memulangkan pasport tertuduh (Rosmah) yang didakwa melakukan jenayah berat semata-mata kerana tertuduh hendak temani anak yang bakal bersalin di Singapura. Dark justice.”

Loading...

RUJUK DI SINI

WAJIB BACA:

Tindak tanduk SPRM mencurigakan

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...