
“Jangan terkejut jika DAP tiba-tiba menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, dengan syarat Najib dan Zahid dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 21 ahli parlimen untuk bersama mereka menyokong Anwar”
Raggie Jessy Rithaudeen
جاڠن تركجوت جك دڤ تيبا-تيبا ماسوق ڤرجنجين دڠن قلوستر محكمه
Sertai saluran Telegram TTF di sini
DAP dikecam teruk oleh penyokongnya selepas Pakatan Harapan menandatangani MoU bersama kerajaan dan mungkin kehilangan sebahagian besar penyokongnya menjelang pilihan raya umum ke-15.
Dalam pada akar umbi UMNO dan PAS menyelar Datuk Seri Ismail Sabri kerana berpaut pada DAP, penyokong DAP marah kerana parti itu ‘bersekutu’ dengan kerajaan yang dilihat ‘menghalalkan’ dalil-dalil dan pandangan ekstrem PAS.
BACA VERSI INGGERIS DI SINI
Tidak ada sesiapa yang percaya bahawa MoU yang ditandatangani oleh Pakatan Harapan adalah “satu-satunya langkah untuk mencegah Ismail Sabri daripada menjadi mangsa tuntutan Kluster Mahkamah.”
Jangan lupa, DAP pernah mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Kluster Mahakamah bagi membincangkan kemungkinan membentuk jajaran politik baharu melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
Malah, Nga Kor Ming sendiri pernah menyuarakan ketersediaannya untuk bekerjasama dengan UMNO ketika diminta mengulas kenyataan Zahid bahawa UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan DAP.
DAP turut membantu Kluster Mahkamah – yang diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi – menjayakan misi bersama Pakatan Harapan dan Kluster Mahkamah untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Muhyiddin.
DAP menjayakan misi ini dengan menolak tawaran kerjasama Muhyiddin, biarpun tawaran ini seakan-akan sama dengan tawaran Ismail Sabri yang akhirnya dipersetujui oleh DAP.
Pada ketika Muhyiddin membuat tawaran, DAP sedia maklum bahawa Kluster Mahkamah berjaya mengumpul 14 surat akuan bersumpah dari ahli-ahli parlimen UMNO yang menolak kepimpinan Muhyiddin.
Jika benar niat DAP adalah untuk “mencegah Ismail Sabri daripada menjadi mangsa tuntutan Kluster Mahkamah,” kenapa parti itu tidak membantu Muhyiddin dengan menerima tawarannya dan menandatangani MoU?
Nampak?
DAP tidak sedar bahawa Kluster Mahkamah akan beralih sokongan terhadap Ismail Sabri dan yakin bahawa Anwar akan mendapat sokongan yang mencukupi untuk memampukannya menjadi Perdana Menteri.
Ya, pada ketika Muhyiddin membuat tawaran, DAP beranggapan bahawa Kluster Mahkamah akan memasuki perjanjian bersama Pakatan Harapan ke arah pembentukan jajaran politik baharu dan menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri (rujuk carta di bawah).
Namun, Tony Pua tidak begitu percaya kepada Kluster Mahkamah dan telah cuba sedaya upaya untuk meyakinkan DAP untuk menerima syarat Muhyiddin.
Biarpun begitu, kepemimpinan tertinggi parti itu tetap menaruh harapan terhadap Najib dan Zahid dan yakin bahawa Anwar dapat dinaikkan sebagai Perdana Menteri ke-9.
Malangnya, apabila sampai masa untuk mencalonkan Perdana Menteri, Najib dan Zahid tiba-tiba membuat pusingan-U dan bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri.
Ini menyebabkan DAP menjadi marah dan bertindak ‘menghukum’ Kluster Mahkamah dengan meletakkan syarat bahawa pilihan raya umum ke-15 hanya boleh diadakan setelah kes-kes Najib dan Zahid diputuskan.
Disebabkan terdesak, Najib dan Zahid mungkin tidak ada pilihan melainkan beralih sokongan kepada Anwar dan DAP sekiranya mereka gagal meyakinkan Ismail Sabri untuk mencetuskan Pilihan Raya sebelum hujung tahun ini.
Ya, jangan terkejut jika DAP tiba-tiba menarik sokongan terhadap Ismail Sabri, dengan syarat Najib dan Zahid dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 21 ahli parlimen untuk bersama mereka menyokong Anwar.
WAJIB BACA:
DAP’s ‘revenge’ strategy backfires, Kit Siang, Tony Pua in panic mode
