SAKSIKAN PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI
Raggie Jessy Rithaudeen
1. Media melaporkan bahawa panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan, dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen untuk membatalkan kesahihan peruntukan jenayah syariah negeri.
2. Petisyen itu difailkan oleh peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anak perempuannya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman, manakala panel hakim Mahkamah Persekutuan, dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.
3. Petisyen yang difailkan itu mencabar keperlembagaan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
4. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan untuk membatalkan 16 daripada 18 peruntukan jenayah Syariah Kelantan.
5. Ramai di media sosial lari dari isu pokok dan mencadangkan bahawa Islam terancam dan keputusan Mahkamah Persekutuan menggugat kedudukan mahupun bidang kuasa Mahkamah Syariah.
6. Ini tidak benar, kerana cabaran Nik Elin dan Tengku Yasmin Natasha sekadar menyentuh terjemahan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan berkait dengan tafsiran Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.
7. Jadual 9 merangkumi dua senarai yang membahagikan bidang kuasa untuk menggubal undang-undang bagi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, termasuk beberapa perkara yang diletakkan sebagai tanggungjawab bersama.
8. Senarai pertama merangkumi perkara-perkara di peringkat Persekutuan, manakala senarai kedua meliputi perkara-perkara di peringkat negeri.
9. Namun, senarai kedua meliputi pengecualian apabila melibatkan undang-undang Shyariah.
10. Secara efektif, Mahkmah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk menghukum kesalahan yang dilakukan oleh orang yang menganut agama Islam terhadap perintah agama.
11. Namun, disebabkan pengecualian yang dinyatakan, mahkamah yang sama tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghukum kesalahan yang merangkumi perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan.
12. Disebabkan petisyen Nik Elin dan Tengku Yasmin Natasha, Mahkamah Persekutuan secara efektif dipertanggungjawabkan, antara lain, untuk memuktamadkan sekiranya pengecualian yang terkandung dalam Jadual 9 adalah terpakai atau tidak, merujuk kepada peruntukan jenayah Syariah Kelantan.
13. Isu motif Nik Elin dan Tengku Yasmin Natasha adalah tidak relevan, dan keputusan Mahkamah Persekutuan mendedahkan kelemahan yang wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan dari sudut pemerkasaan undang-undang Jenyaha Syariah di Malaysia menurut tuntutan Agama.
14. Sepatutnya, kerajaan sudah lama bertindak merangka Rang Undang-Undang pindaan bagi meminda Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan bagi mengatasi kelemahan ini.
15. Namun, pindaan yang tidak mungkin memakan masa yang lama ini tidak berlaku dalam setahun lebih Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang tampuk kepimpinan negara dan tidak juga berlaku di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
16. Isu ini tercetus pada 2021 apabila…
SAKSIKAN PENJELASAN LANJUT, KLIK DI SINI

