Jasa baik BSN selesaikan pembiayaan kereta Adib tidak terkira nilainya

Atas dasar sosial korporat dan prihatin, Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta Allahyarham Muhammad Adib.

Allahyarham baharu sahaja membeli kereta dengan mendapat pembiayaan daripada BSN.

TTF: Semoga Allah S.W.T membalas jasa baik serta keprihatinan pihak BSN dengan segala kebaikan di dunia dan di akhirat.


KUALA LUMPUR: Atas dasar sosial korporat dan prihatin, Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini mengumumkan membantu menyelesaikan baki pembiayaan kereta Allahyarham Muhammad Adib.

Perkara itu dilakukan bagi meringankan beban keluarga arwah.




Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani dalam satu kenyataan berkata, pihaknya merakamkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan pastinya jasanya akan dikenang.

“Pemergian Allahyarham Muhammad Adib amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi kejadian berlaku ketika arwah sedang bertugas.

“Kami akan membantu keluarga arwah Muhammad Adib dalam menyelesaikan baki pembiayaan keretanya,” katanya.

Allahyarham baharu sahaja membeli kereta dengan mendapat pembiayaan daripada BSN.

Kereta Perodua Myvi itu disimpan di kampungnya di Kampung Tebengau Tepi Laut, Kuala Kedah, Alor Setar untuk kegunaan selepas berkahwin.

Pemergian Allahyarham Muhammad Adib sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya pada jam 9.41 malam 17 Disember lalu mencatatkan satu lagi peristiwa duka buat seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...