JASA pertubuhan haram dibiayai pembayar cukai?

Datuk Zaharin Mohd Yasin. Sumber (gambar): Fail TTF

“Jika proses Perlembagaan dan Undang-undang tidak di jelaskan, dan keputusan membubarkan tidak dibatalkan, JASA adalah pertubuhan haram yang dibiayai oleh pembayar cukai”

Zaharin Mohd Yasin

جاس ڤرتوبوهن حرام دبياياا ڤمباير چوكاي؟

JASA adalah satu jabatan rasmi Kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kerajaan Pakatan Harapan telah membubarkan jabatan ini dengan persetujuan sidang kabinet.

Jabatan dan agensi Kerajaan bukan senang ditutup. Dalam sejarah Kerajaan Barisan Nasional hanya Agensi Lembaga Kemajuan Ternakan Negara atau Majuternak di bawah Kementerian Pertanian ditutup.

Keputusan menutupnya dipersetujui dalam jemaah Menteri. Pegawai dan aset dipindahkan keagensi lain, bukan dibuang kerja.




Menteri dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang menutup JASA sekarang 80% berada dalam Kerjaan Mahyuddin Yasin.

Persoalan undang-undang dan yang berkaitan ialah bagaimana satu jabatan yang dibubarkan oleh kabinet dengan tidak membatalkan keputusan kabinet sebelumnya boleh diberikan peruntukan?

Dan bila Akta Tugas Menteri 1969 yang di perbuat oleh Yang Di-Pertuan Agung telah diwartakan Jabatan Hal Ehwal Khas sebagai satu jabatan, maka di Kementerian mana Jabatan ini berada dan siapa portfolio Menteri yang mengawal dan menjaga?

Jika proses Perlembagaan dan Undang-undang tidak di jelaskan, dan keputusan membubarkan tidak dibatalkan, JASA adalah pertubuhan haram yang dibiayai oleh pembayar cukai.

Dan kita rakyat Malaysia perlu jawapan dan penjelasan.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...