“Kehadiran anak Perdana Menteri sendiri dalam jawatankuasa akan memberi tekanan kepada ahli-ahli jawatankuasa lain yang semestinya tidak mudah melawan Nurul”
Raggie Jessy Rithaudeen
جاوتن بارو نورول اززه تتڤ نيڤوتيسمى، چوما كيني ءنيڤوتيسمى سالين كوليتء
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Media melaporkan bahawa Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mengesahkan tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Anak kepada Perdana Menteri itu yang menjadi tumpuan kerana kontroversi pelantikannya berkata, beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican.
“Mohd Hassan telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.
TONTON: RAMASAMY, KIT SIANG KURANG AJAR, BERSIKAP RASIS
“Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri,” katanya sepertimana dilaporkan oleh media hari ini.
Sebenarnya, isu pelantikan Nurul tetap sama.
Kalau saudara-saudari masih ingat, pada 5 Febuari 2023, saya menulis:
“Nepotisme merujuk kepada amalan memihak kepada saudara, kawan, atau rakan sekerja, terutamanya dalam soal pekerjaan, di kalangan mereka yang mempunyai kuasa atau pengaruh.”
Maknanya, pelantikan terkini Nurul masih nepotisme, cuma ianya lebih berupa “nepotisme salin kulit.”
Kalau dulu, Nurul dilantik secara senyap sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Kini, Nurul kekal Penasihat Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, cuma dia duduk dalam sebuah jawatankuasa.
Isunya kekal sama.
Kalau dulu, disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya sendiri sebagai penasihat, ramai di kalangan warganegara Malaysia yang lebih layak dilucutkan peluang untuk berkhidmat menasihati Perdana Menteri, semata-mata kerana mereka bukan saudara, kawan, atau rakan sekerja Perdana Menteri.
Kini, disebabkan jawatan Nurul, warganegara Malaysia yang lebih layak kekal dilucutkan satu peluang untuk berkhidmat menasihati Perdana Menteri.
Kalau dulu, jentera kerajaan akan digunakan oleh Nurul sekalipun tidak dibayar elaun, kerana urusan rasmi sebagai penasihat Perdana Menteri semestinya melibatkan kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang dibayar gaji menggunakan wang rakyat.
Kini, jentera kerajaan tetap akan digunakan oleh Nurul sekalipun tidak dibayar elaun.
Kalau dulu, Anwar mungkin lebih mudah melakukan kesalahan dengan bantuan anak sendiri – kini, ianya kekal lebih mudah untuk Anwar melakukan kesalahan, cuma kehadiran ahli-ahli jawatankuasa lain mungkin memberi kekangan sedikit.
Jangan lupa, kehadiran anak Perdana Menteri sendiri dalam jawatankuasa akan memberi tekanan kepada ahli-ahli jawatankuasa lain yang semestinya tidak mudah melawan Nurul.
Dan jangan sesekali lupa, Anwar secara terbuka memberi lampu hijau kepada semua menteri untuk melantik ahli keluarga mereka sebagai penasihat rasmi.
