Jawatan Menteri PH belum diwartakan: PAS tuntut penjelasan

“Pewartaan jawatan-jawatan ahli-ahli Kabinet amatlah penting dan perlu dibuat segera bagi mengesahkan fungsi-fungsi serta bidang tugas Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik tersebut” – Takiyuddin. Sumber (gambar): Fail TTF

Takiyuddin Hassan

PAS amat terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan undang-undang, Datuk Liew Vui Keong, bahawa jawatan anggota Kabinet Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh PH belum diwartakan setelah genap setahun memerintah negara ini.

Berdasarkan Seksyen 2 Akta Fungsi-fungsi Menteri 1969, setelah Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Kerajaan perlu mewartakan perintah Yang di-Pertuan Agong yang dinamakan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2019. Tarikh kuat kuasa perintah berkenaan juga perlu dinyatakan dengan jelas dalam Warta tersebut.




Pewartaan jawatan-jawatan ahli-ahli Kabinet amatlah penting dan perlu dibuat segera bagi mengesahkan fungsi-fungsi serta bidang tugas Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri yang dilantik tersebut.

Tindakan mewartakan perlantikan ini tidak sewajarnya dianggap remeh oleh Kerajaan kerana ianya akan melibatkan keabsahan (legality) tugas-tugas ahli-ahli Kabinet berkenaan dan kesan terhadap kuasa-kuasa yang telah digunakan oleh mereka.

Dengan ini PAS menuntut agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan undang-undang, Ketua Setiausaha Negara yang sepatutnya membuat pewartaan ini serta Peguam Negara yang sepatutnya menyiarkan Warta ini memberikan penjelasan terperinci kepada rakyat tentang perkara ini.

Di atas kegagalan pihak-pihak berkenaan di atas memberikan penjelasan yang memuaskan, PAS menuntut mereka mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan segera meletakkan jawatan masing-masing.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...