Jawatan presiden UMNO sah boleh dipertandingkan

Raggie Jessy Rithaudeen

جاوتن ڤريسيدن امنو صح بوليه دڤرتنديڠكن

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO sah boleh dipertandingkan, dan mana-mana ahli UMNO yang mencalonkan diri tidak boleh dikenakan sebarang tindakan.

Ini berikutan pengumuman Ketua Penerangan Umno, Isham Jalil, bahawa tiada sebarang pindaan Perlembagaan Umno akan dilakukan bagi membolehkan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.




Ini bermakna, sesiapa sahaja bebas bertanding bagi jawatan presiden sekalipun Majlis Kerja Tertinggi atau Perhimpunan Agung UMNO memutuskan untuk tidak mempertandingkan jawatan berkenaan.

Pada 26 Disember lalu, saya menulis:

UMNO tidak boleh menghalang secara paksa pertandingan jawatan presiden, melainkan perlembagaan parti dipinda menerusi Perhimpunan Agung Umno khas bagi menyelitkan klausa yang berkaitan.

Menurut fasal 9.3 perlembagaan UMNO, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden yang dipilih, tiga orang Naib Presiden dan dua puluh lima orang Ahli Majlis Kerja Tertinggi hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Perwakilan Bahagian tiap-tiap tiga tahun sekali.

Perlunya pemilihan ini secara otomatik bermakna mana-mana ahli UMNO berhak untuk menawarkan diri sebagai calon untuk dipilih, dan tidak ada mana-mana fasal atau klausa dalam perlembagaan UMNO yang menafikan hak ini.

Sekalipun Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk tidak membenarkan jawatan presiden dipertandingkan, parti itu tidak boleh bertindak terhadap mana-mana ahli parti yang melanggar keputusan itu.

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...