Jelas ada tangan ghaib dalam tindakkan polis terhadap Azwanddin

Amran Ahmad Nor

Bagi saya, tindakan polis menahan Datuk Azwanddin Hamzah dengan begitu ‘pantas’ menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan Pakatan Harapan mempunyai cengkaman yang kuat ke atas pihak polis.

Ia sangat bercanggah dengan janji PH sebelum ini bahawa dalam Malaysia baru, martabat polis diangkat dengan pihak berkuasa bebas untuk bertindak demi keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini.

Dikala rakyat dari semua kaum tertunggu-tunggu mereka yang bertanggungjawab atas kematian Allahyarham Muhammad Adib dihadapkan ke muka pengadilan, mereka yang membela arwah pula menjadi mangsa.


Justeru, kita sememangnya ditipu oleh PH bukan sahaja dengan kos kehidupan yang semakin menekan dan ekonomi yang malap malah kita juga kini berdepan dengan suatu keadaan yang begitu meruncing dari aspek keadilan dan cabaran untuk hidup aman damai.

Bangkitlah, bangkitlah bangsaku untuk kita bersatu menolak kerajaan PH yang didominasi bangsa DAP ini, yang semakin lama dibiarkan, semakin banyak kerosakan yang bakal dilakukan ke arah memundurkan Malaysiaku.

Selamatkan Malaysia, selamatkan negaraku agar kita semua dapat hidup aman damai seperti sebelum PRU14 yang menyaksikan detik hitam apabila PH menang atas fitnah dan propaganda jahat, seperti yang saya pernah dedahkan.

Amran Ahmad Nor
Timbalan Pengerusi Gagasan 3
Presiden Consent Malaysia

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...