Jelas DAP cuba gunakan tekanan antarabangsa untuk laksanakan agenda Malaysian Malaysia melalui retifikasi ICERD

The Unspinners

Sebagai seorang pensyarah undang2 antarabangsa yang tiada apa2 kepentingan politik peribadi, Dr Yazid terpanggil untuk jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah…

Baru2 ini, seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan menandatangani dan membuat ratifikasi treati ICERD dan 5 treati lain pada awal tahun depan…

Apa Yang Di Katakan Treati (Konvensyen)

Pertama sekali, apakah yang di maksudkan treati atau konvensyen nie…

Treati atau konvensyen ni ialah perjanjian antarabangsa…

Semua negara di dunia berdaulat dan tak boleh di paksa untuk mengikut telunjuk negara asing…

Kecuali jika negara tersebut menandatangani perjanjian antarabangsa atau treati…

Contoh mudah ialah Perjanjian Pangkor…

Kerana ketua negara dulu tandatangani Perjanjian Pangkor, atuk nenek kita terpaksa akur menerima penjajah Barat sebagai penasihat dan mesti terima semua ‘nasihat’ dan arahan Barat…

Contoh lain ialah perjanjian bekalan air dengan Singapura…

Pasal lebih 50 tahun dulu tandatangan dan setuju nak bekalkan 1000 gelen air dekat Singapura dengan harga 3 sen…

Kita terikat dengan treati tersebut dan jadi bahan ketawa…

Sebagai bandingan, Hong Kong bayar China antara 4 ke 8 dollar untuk bekalan air sedangkan Malaysia terpaksa bagi kat Singapura dengan harga semurah 3 sen untuk 1000 gelen…

Bosan dengan treati dan perjanjian zalim, bangsa Melayu bangkit menolak tawaran Malayan Union oleh penjajah kerana Malayan Union akan menghilangkan hak2 asas orang Melayu selaku tuan rumah dan Islam selaku agama rasmi orang Melayu…

Takut dengan kebangkitan Melayu, British akur dan batalkan Malayan Union…

Sejak merdeka, Malaysia tidak tandatangani ICERD pasal maklum isu ni panas…

Treati ni pada teorinya menolak ‘diskriminasi  kaum’ tapi kita melihat banyak isu provokatif pada treati2 ini…

Contohnya, Malaysia satu2nya negara yang mendefinasikan kaum menurut agama iaitu kaum Melayu di definasikan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu…

Malaysia unik kerana mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, menghalang penyebaran agama lain pada orang Islam, mengiktiraf Islam dan hak keistimewaan Bumiputera, biasiswa dan sebagainya…

Ini bercanggah dengan semangat ICERD

Isu Ratifikasi

Ramai yang tidak faham isu ratifikasi…

Kita kena faham beberapa benda:

Pertama

Kita tak wajib sign atau terima apa2 treati tetapi sekali kita sign dan ratify, kita wajib akur…

Maknanya kalau ada percanggahan antara undang2 kita dan undang2 antarabangsa, kesannya ialah treati iaitu undang2 antarabangsa akan terpakai di mahkamah antarabangsa…

Bahasa mudahnya, treati ni boleh jadi jalan belakang untuk mengatasi Perlembagaan…

Sebelum undang2 antarabangsa atau treati ni terpakai, ada proses ratifikasi dulu…

Apa Maksud Ratifikasi

Ianya satu proses di mana undang2 nie di bawa ke Parlimen untuk di bahas dan di gubal agar selari antara keduanya…

Kita kadang2 boleh membuat reservation iaitu membantah atau tidak bersetuju dengan bahagian tertentu treati tersebut…

Masalahnya, ini memerlukan kajian dan masa yang lama oleh pihak Pejabat Peguam Negara…

Sedangkan menteri memberi jaminan akan membuat ratifikasi awal tahun depan…

Pejabat Peguam Negara sebelum ini teliti dalam isu panas ini kerana faham isu ini akan membawa ketegangan kaum…

Sikap terburu2 hendak membuat ratifikasi pada masa ini cukup mencurigakan…

Sepatutnya pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu dan kebenaran dan izin Majlis Raja2 di perlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam…

Turut tidak di ceritakan ialah reservation tidak semestinya di terima…

Sekiranya 2/3 negara lain menolak reservation yang di buat, reservation akan terbatal…

Reservation juga tidak boleh di buat sekiranya bercanggah dengan semangat dan objektif treati…

Secara ringkasnya, mudarat jelas lebih banyak daripada manfaat…

Satu2nya manfaat ialah kita mungkin boleh mendapat sedikit pujian antarabangsa kerana akur pada standard mereka…

Sebagai penutup, cara terbaik ialah meneruskan polisi Malaysia sebelum ini untuk membasmi diskriminasi dengan acuan kita sendiri tanpa perlu merujuk dan mengikut telunjuk luar…

Golongan minoriti mesti di dekati, masalah mereka mesti di kenalpasti dan usaha untuk menaiktaraf dan menjaga kepentingan mereka dan semua pihak mesti di buat secara komprehensif tapi tanpa menggadai perpaduan kaum dan kedaulatan negara…

Saifuddin + Mujahid Vs Mantan Ketua Hakim Negara Dan Peguam Termasuk Peguam Mahathir

Saifuddin kata mereka yang menentang ICERD sebab tak faham perlembagaan dan Mujahid pulak kata jangan risau, isu ICERD nie saja jer pihak2 tertentu putar belit dan fitnah…

Kepada Saifuddin Abdullah dan Mujahid Yusof Rawa di letakkan senarai petikan dari tokoh dalam bidang perundangan dan pakar perlembagaan yang mungkin TAK FAHAM PERLEMBAGAAN:

Kalau mantan Ketua Hakim Negara dan pengamal undang2 pun di katakan Saifuddin dan Mujahid sebagai tak faham perlembagaan, tak tahu ler perlembagaan yang mana satu menteri2 kita maksudkan:

Tun Abdul Hamid (Mantan Ketua Hakim Negara)

Jelas, mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid menafikan jaminan hak keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera tetap akan terpelihara selepas Malaysia menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD…

Antara petikan kata2 Tun Abdul Hamid :

“Saya berani mengatakan, jika konvensyen itu disahkan, dengan serta merta, akan ada pihak yang akan mencabar kesahan (validity) Perkara 153 atas alasan ia bercanggah dengan konvensyen itu”…

Tuan Hj Haniff Khatri (Peguam Kanan Kes Tun Dr. Mahathir)

Beliau secara amnya turut membangkitkan ketidaksetujuan beliau dalam isu ratifikasi ICERD atas hujah2 pencabulan Perlembagaan…

Tuan Lukman Sheriff (Peguam & Exco Malaysia Bar Council)

Lukman Sheriff jelaskan dengan menandatangani ratifikasi ICERD maka akan memberi ruang kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan di mansuhkan…

Juga bertentangan dengan dakwaan dan jaminan yang di berikan oleh Saifuddin dan Mujahid…

Antara tulisan Lukman dalam laman Facebook beliau :

Definisi dan skop ICERD dengan itu bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan Malaysia”…

“Artikel 153 memberi kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak dalam beberapa perkara yang akan bercanggah dengan definasi tersebut”… 

“Maka sekiranya ICERD di ratifikasikan :

  • MARA hendaklah di tutup…

  • MRSM hendaklah di tutup…

  • UiTM di tutup…

  • Reserve Tanah Melayu hendaklah di hapuskan…

  • Askar Regimen Melayu merupakan satu diskriminasi…

  • Biasiswa untuk Bumiputera hendaklah di hapuskan…

  • Diskaun rumah Bumiputera hendaklah di hapuskan…

  • Syarat Bumiputera dalam tender dan lesen perniagaan hendaklah di hapuskan…”

Tuan Yusfarizal bin Yusoff (Peguam dan bertanding untuk jawatan Exco Bar Council)

Yusfarizal keluarkan kenyataan yang hampir senada dengan Hj. Haniff Khatri…

Dengan menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD dan kononnya dengan reservasi2 tertentu maka Malaysia akan jadi bahan lawak antarabangsa kerani menandatangani persetujuan tetapi tidak mempersetujui kandungan2 persetujuan yang di tandatangani…

Jadi di manakah asas jaminan yang di berikan oleh Saiduddin dan Mujahid bahawa Malaysia mampu mempertahankan hak2 orang Melayu dan Bumiputera setelah menandatangani ratifikasi ICERD!!!

Antara tulisan Yusfarizal dalam laman Facebook beliau:

“Pendek kata, Malaysia mungkin menjadi negara yang paling banyak menyenaraikan pengecualian, dan tentunya akan menjadi kritikan hebat antarabangsa, sebagaimana Arab Saudi dan Yemen”…

“Ertinya jelas lagi bersuluh bahawa ICERD adalah hak asasi acuan barat yang tidak sesuai sama sekali dengan acuan Malaysia”…

“Mustahil untuk menerimanya tanpa merombak hampir keseluruhan asasnya”…

Datuk Salleh Buang [Mantan Peguam Persekutuan di Jabatan Peguam Negara dan bekas Profesor Tamu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)]

Senada dengan Lukman Sheriff, Datuk Salleh Buang melahirkan kebimbangan beliau mengenai hak2 dan keistimewaan orang2 Melayu dan Bumiputera sekiranya kerajaan meneruskan hasrat menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD…

Seorang lagi pengamal undang2 berpengalaman  menafikan dakwaan dan jaminan dari Saifuddin dan Mujahid…

Antara tulisan Salleh yang di terbitkan oleh Utusan…

“Andainya konvensyen ini di laksanakan di negara ini, beberapa institusi sedia ada seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan Rejimen Askar Melayu terpaksa di mansuhkan”… 

“Beberapa undang2 lain yang telah wujud ratusan tahun seperti Enakmen Tanah Rizab Melayu (yang menjadi asas perundangan tanah rizab Melayu di seluruh Semenanjung) juga terpaksa di mansuhkan”…

Datuk Zainul Rijal Abu Bakar [Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM)]

Datuk Zainul berpendapat ICERD berisiko untuk membawa kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan termasuk Perkara 153…

Seorang lagi pakar undang2 menafikan jaminan dan dakwaan Saifuddin dan Mujahid…

Antara petikan kenyataan Zainul di Utusan:

“Ini kerana ia melibatkan pelbagai implikasi undang-undang termasuk risiko pindaan Perlembagaan Persekutuan yang mengancam kedudukan orang Melayu dan agama Islam.”

Puan Ilyanie Khuszairy [Peguam Mahathir & Aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ)]

Jelas kenyataan Ilyanie bertentangan dengan jaminan dan dakwaan Saifuddin dan Mujahid…

Antara petikan tulisan beliau di laman Facebook beliau :

“Adakah ini harga yang perlu dibayar oleh rakyat demi untuk menghapuskan kleptokrasi, korupsi para pemimpin terdahulu dengan menggadaikan maruah dan kedaulatan Raja berperlembagaan??”

Sekiranya bantahan dari NGO dan beberapa parti politik dari pembangkang di anggap fitnah dan usaha mempolitikkan isu ICERD oleh Saifuddin dan Mujahid, apakah ulasan dan pandangan yang menentang persetujuan kerajaan Malaysia menandatangani retifikasi ICERD juga di anggap tidak cukup kredit dan tiada merit untuk kerajaan membatalkan hasrat menandatangani persetujuan ratifikasi ICERD

Apakah Saiduddin dan Mujahid merasakan mereka lebih memahami perlembagaan berbanding dengan tokoh2 perundangan negara!!!

Atau adakah pendirian di beri tekanan oleh pihak2 tertentu dan Saifuddin serta Mujahid ‘WAJIB’ akur dengan arahan ‘DEWA’ mereka!!!

Jelas pada kita, desakan menandatangani ratifikasi ICERD yang tak pernah di persetujui oleh kerajaan Malaysia sejak merdeka adalah usaha menggunakan tekanan dan pengaruh antarabangsa dalam melaksanakan agenda Malaysian Malaysia DAP!!!

Memetik amaran dari Haniff Khatri, walau pun Malaysia bercadang untuk tandatangani ratifikasi ICERDdengan reservasi2 tertentu namun sekiranya 2/3 pihak yang sudah menandatangani retifikasi tersesebut TIDAK BERSETUJU dengan reservasi2 tersebut maka dengan sendirinya reservasi2 tersebut AKAN TERBATAL!!!

Mereka sedar, tanpa tekanan dan pengaruh antarabangsa adalah mustahil agenda Malaysian Malaysia dapat di laksanakan sepenuhnya kerana peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai ugama Islam dan hak keistimewaan orang2 Melayu dan Bumiputera TIDAK boleh di pinda atau di masuhkan TANPA mendapat restu Majlis Raja2 walau pun mendapat persetujuan 2/3 dari ahli Dewan Rakyat…

Maka dengan bersetuju menandatangani ratifikasi ICERD maka akhirnya segala peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang MESTI mendapat pekenan Majlis Raja2 boleh di gubal atau di mansuhkan…

Bajet 2019 mereka telah dapat merealisasikan  ‘Bajet Samarata Malaysian Malaysia’ dan kini mereka mula bergerak ke arah pindaan perlembagaan…

Apakah kita masih lagi mahu mengambil sikap tunggu dan lihat dan masih merasakan tiada asas untuk kita merasa bimbang terhadap generasi anak bangsa kita di masa hadapan!!!

Jom bantah dan tandatangan petisyen BANTAH RATIFIKASI ICERD!!!

Sumber: The Unspinners

Comments

Comments

Comments

Comments