Jemaah menteri tidak berani beri laluan kepada Anwar tanda Mahathir cukup berkuasa

Sekiranya benar Anwar bakal menerajui kerajaan, sudah pasti Mahathir yang sebelum ini mengesahkan akan membuat beberapa perubahan portfolio akan membawa beliau masuk menyertai kabinet dengan menggantikan Wan Azizah sebagai timbalan Perdana Menteri. Sumber (gambar): Fail TTF

Anwar dilihat tidak berminat mengambil bahagian secara langsung dalam pentadbiran persekutuan untuk lebih memahami masalah berbangkit meskipun bercita-cita menggantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Apa yang lebih mencurigakan ialah Wan Azizah sendiri tidak berani letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, satu petanda bahawa beliau sudah lama tahu Mahathir tidak bercadang manggantikannya dengan Anwar.

Anwar, yang sebelum ini pernah memberitahu beliau ingin berehat seketika sebelum kembali ‘aktif’ dalam kerajaan, sudah berehat lebih setahun semenjak keluar dari penjara tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda ingin bergiat semula dalam pentadbiran negara.

Kesemua ini menandakan kemungkinan wujudnya satu ‘persetujuan’ sulit di kalangan majoriti ahli-ahli kabinet, termasuk dari PKR, untuk mengabaikan rancangan menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-8 selaras dengan kehendak majoriti ahli parlimen.


SUBANG JAYA: Dalam nada yang boleh disifatkan sebagai melatah, isteri kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menegaskan bahawa sebarang kekosongan jawatan dalam Kabinet hanya boleh berlaku sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, Anwar sendiri memberitahu wartawan bahawa beliau tidak pernah bercadang untuk menjadi sebahagian daripada anggota jemaah kabinet.

Reaksi pasangan suami isteri ini jelas merujuk kepada kenyataan Mahathir Rabu lepas bahawa Anwar tidak boleh menyertai Kabinet Persekutuan kerana tidak ada jawatan kosong untuk diisi.


Kenyataan ini merupakan isyarat paling nyata bahawa Mahathir sama sekali tidak bercadang menjadikan Anwar penggantinya sebelum parlimen dibubarkan.

Sekiranya benar Anwar bakal menerajui kerajaan, sudah pasti Mahathir akan membawa beliau masuk menyertai kabinet dengan menggantikan Wan Azizah sebagai timbalan Perdana Menteri.

Inikan tidak, Anwar sendiri dilihat tidak berminat mengambil bahagian secara langsung dalam pentadbiran persekutuan untuk lebih memahami masalah berbangkit meskipun bercita-cita menjadi Perdana Menteri.

Apa yang lebih mencurigakan ialah Wan Azizah sendiri tidak berani letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, satu petanda bahawa beliau sudah lama tahu Mahathir tidak bercadang membawa Anwar masuk.

Anwar, yang sebelum ini pernah memberitahu bahawa beliau ingin berehat seketika sebelum kembali ‘aktif’ dalam kerajaan, sudah berehat lebih setahun semenjak keluar dari penjara tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda ingin bergiat semula dalam pentadbiran negara.

Kesemua ini menandakan kemungkinan wujudnya satu ‘persetujuan’ sulit di kalangan majoriti ahli-ahli kabinet, termasuk dari PKR, untuk mengabaikan rancangan menjadikan Anwar Perdana Menteri Malaysia ke-8 selaras dengan kehendak majoriti ahli parlimen.

Malah, keengganan jemaah menteri memberi laluan kepada Anwar untuk menyertai pentadbiran pusat merupakan tanda paling nyata Mahathir berjaya menguasai kabinet dan kepercayaan majoriti ahli parlimen.

THE THIRD FORCE

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...