Jenazah Allahyarham Abdul Razak akan dikembumikan di tanah perkuburan Bagan Terap pagi ini

Innalillah Hiwaainna Ilaihirojiun.

Pemergian saudara Abdul Razak bin Dato’ Mohd Ghazali kembali ke rahmatullah awal pagi tadi merupakan satu kehilangan yang tidak ternilai besarnya kepada warga Sabak Bernam dan Gerakan Bangsa Nasional (GBN).

Allahyarham disahkan meninggal dunia pukul 1 pagi tadi beberapa minit selepas ambulans yang membawa beliau dari Hospital Sabak Bernam tiba di wad kecemasan Hospital Daerah Klang.


Allahyarham sebelum ini memegang jawatan Pengerusi GBN Sabak Bernam dan banyak berjasa dalam menjayakan program-program komuniti anjuran GBN.

Allahyarham diserang jangkitan di bahagian kaki yang kemudiannya merebak ke darah, paru-paru dan organ-organ lain. Keadaan Allahyarham mula menjadi kritikal petang semalam di mana keputusan di buat untuk memindahkan beliau ke Hospital Klang.

Jenazah Allahyarham Abdul Razak akan dibawa balik ke Bagan Terap dan disembahyangkan di rumah milik keluarganya lebih kurang pukul 10 pagi sebelum dikembumikan di tanah perkuburan Bagan Terap.

The Third Force akan membuat satu sahaja terbitan selepas pukul 2 petang ini bagi memaklumkan perkembangan terkini dan tidak akan bersiaran lagi sehingga pukul 2 pagi esok.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di nombor telefon +60164049082.

Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia dan maafkanlah dia. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

AlFatihah

RJ Rithaudeen

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...