Jenazah Allahyarham Abdul Razak selamat dikebumikan di Bagan Terap

Solat Jenazah di Masjid Pekan Bagan Terap. Sumber (gambar): TTF

Jenazah Allahyarham Abdul Razak bin Dato’ Mohd Ghazali selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Terap pada jam 12.30 petang tadi.

Hampir 200 orang terdiri dari ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan Allahyarham mengunjungi kediamannya di Bagan Terap bagi memberi penghormatan terakhir sebelum menunaikan solat di Masjid Pekan Bagan Terap.

GBN akan menganjurkan sesi mengenang jasa Allahyarham pada Majlis GBN bersama rakyat di Hotel Summit USJ Sabtu ini bersamaan 17hb Ogos 2019.

Majlis Tahlil turut akan diadakan selepas sembahyang Maghrib di Masjid Pekan Bagan Terap selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini.


SABAK BERNAM: Jenazah Allahyarham Abdul Razak bin Dato’ Haji Mohd Ghazali selamat di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Terap pada jam 12.30 petang tadi.

Hampir 200 orang terdiri dari ahli keluarga, sanak-saudara dan kenalan Allahyarham mengunjungi kediamannya di Bagan Terap bagi memberi penghormatan terakhir sebelum menunaikan solat di Masjid Pekan Bagan Terap.

Mereka turut mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan Islam Pekan Bagan Terap bagi menyempurnakan upacara pengkebumian dan pembacaan Talqin.


Di Tanah Perkuburan. Sumber (gambar): TTF

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Klang pada usia 51 tahun sekitar jam 1 pagi tadi akibat jangkitan kuman dalam darah.

Allahyarham sebelum ini memegang jawatan Pengerusi GBN Sabak Bernam dan banyak berjasa kepada masyarakat setempat.

Beliau seorang yang pemurah, mesra dengan masyarakat setempat dan mengambil berat tentang permasalahan di sekelilingnya.

Allahyarham turut merupakan Ahli Jawatankuasa Masjid Pekan Bagan Terap dan banyak membantu menjayakan program-program komuniti anjuran GBN di Selangor.

GBN akan menganjurkan sesi mengenang jasa Allahyarham pada Majlis GBN bersama rakyat di Hotel Summit USJ Sabtu ini bersamaan 17hb Ogos 2019.

Majlis Tahlil turut akan diadakan selepas sembahyang Maghrib di Masjid Pekan Bagan Terap selama tiga hari berturut-turut bermula hari ini.

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...