
جيڤون سكت 14 لاڬي نڬارا سوسولن ڤنولارن چوۏيد-19
#TTFCovid19: Jepun mengumumkan sekatan ke atas 14 lagi negara susulan penularan Covid-19.
Menurut Astro Awani, Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo berkata, sekatan tersebut akan berkuat kuasa pada Rabu.
Pada 16hb April lalu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Pengisytiharan ini meliputi seluruh negara dan membolehkan kuasa penuh diberi kepada gabenor wilayah-wilayah yang berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.
SUBANG JAYA: Jepun mengumumkan sekatan ke atas 14 lagi negara susulan penularan Covid-19.
Menurut Astro Awani, Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo berkata, sekatan tersebut akan berkuat kuasa pada Rabu.
Antara negara yang tersenarai dalam sekatan terbaru ini termasuk Rusia, Ukraine, Belarus, Arab Saudi, Qatar, Peru, Kuwait dan Oman.
Bagaimanapun, warganegara asing yang pernah berada di Rusia, Ukraine, Belarus, Arab Saudi, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Oman, Djibouti, Peru, Republik Dominika, Antigua dan Barbuda, Saint Christopher dan Nevis, atau Barbados dalam masa 14 hari sebelum tiba di Jepun tidak akan dibenarkan memasuki negara itu, lapor portal NHK.
Jepun sebelum ini menyekat kemasukan warga dari lebih 70 negara.
Pada 16 April lalu, Abe mengisytiharkan darurat seluruh negara dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
Jepun mencatatkan lebih 13,300 kes positif COVID-19 dengan 364 kes kematian.
Pada 16hb April lalu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Pengisytiharan ini meliputi seluruh negara dan membolehkan kuasa penuh diberi kepada gabenor wilayah-wilayah yang berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.
Sebelum itu, pada 7hb April, beliau mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
