Jerubu: Kabinet harus namakan syarikat usahasama Malaysia-Indonesia yang terlibat

TTF berharap Mahathir dan DAP akan berbincang dengan syarikat-syarikat kroni mereka di Indonesia dalam mencari penyelesaian kepada masalah jerubu ini. Sumber (gambar): Fail TTF

Mesyuarat Kabinet hari ini membincangkan usaha-usaha kerajaan untuk menangani kesan jerebu yang melanda Malaysia pada masa kini, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya yang mendakwa jerebu yang menyelubungi Malaysia bukan dari negara itu, sebaliknya berasal dari Sarawak.

“Itu dia punya komen, kita tidak boleh kata apalah,” kata Dr Mahathir.

TTF: Pada 7hb September 2019, TTF menjelaskan bagaimana syarikat-syarikat usahasama sawit yang kerap melakukan pembakaran secara terbuka di Indonesia bersangkut-paut dengan kroni-kroni Mahathir dan DAP.

Kabinet harus namakan syarikat-syarikat tersebut sekiranya ada di kalangan mereka terlibat dengan masalah jerubu yang melanda ketika ini.

BACA: Kroni-kroni Mahathir, DAP punca masalah jerubu


PUTRAJAYA: Mesyuarat Kabinet hari ini membincangkan usaha-usaha kerajaan untuk menangani kesan jerebu yang melanda Malaysia pada masa kini, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita bincangkan tentang cara-cara mengurangkan jerebu,” katanya ketika ditemui media pada Sambutan Ulang Tahun ke-35 Universiti Binary di sini malam ini.




Dr Mahathir turut ditanya mengenai kenyataan Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya yang mendakwa jerebu yang menyelubungi Malaysia bukan dari negara itu, sebaliknya berasal dari Sarawak.

“Itu dia punya komen, kita tidak boleh kata apalah,” kata Dr Mahathir.

Jerebu mulai melanda beberapa negeri di Malaysia sejak 5 Sept lepas, yang antaranya mengakibatkan ratusan sekolah di Sarawak diarahkan tutup.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia masih menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan bahagian barat Sarawak.

Sementara itu, Dr Mahathir menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Presiden ketiga Indonesia Allahyarham Bacharuddin Jusuf Habibie atau BJ Habibie yang meninggal dunia hari ini.

“Dia kawan baik saya, saya berasa sedih tapi dah lama dia sakit,” katanya.

Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menziarah jenazah BJ Habibie kerana perlu menghadiri acara lain esok.

Loading...

BJ Habibie meninggal dunia di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan pelbagai masalah kesihatan yang dialaminya.

BJ Habibie, 83, adalah presiden Indonesia ketiga, menggantikan Presiden Soeharto dan menjawat jawatan itu bermula 21 Mei 1998 sehingga 20 Okt 1999.

Diadaptasi dari:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...