Jerebu: Tanah usahasama sawit milik syarikat suami Yeo Bee Yin disita kerajaan Indonesia

Sebelum ini, suami Yeo pernah dikaitkan dengan masalah pencemaran di Pasir Gudang yang disyaki pihak tertentu berpunca daripada kilang pemprosesan milik beliau. Sumber (gambar): Fail TTF

Kerajaan Indonesia bertindak menyita tanah milik empat syarikat usahasama sawit Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan, termasuk Sime Indo Agro (milik Sime Darby Plantation) di Kalimantan Barat, Sukses Karya Sawit (milik IOI Corporation) dan Rafi Kamajaya Abadi (milik TDM Bhd).

Sebelum ini, TTF ada menerbitkan laporan terperinci berhubung pemilikan majoriti syarikat-syarikat usahasama sawit di Indonesia oleh syarikat-syarikat Malaysia yang samada diterajui golongan elit UMNO atau kroni-kroni DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

IOI Planations pula bersangkut paut secara langsung dengan Dato’ Haji Mohd Khalil dan secara tidak langsung dengan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Umum sedia maklum, Yeo pada ketika ini bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng.


PETALING JAYA: Kerajaan Indonesia bertindak menyita tanah milik empat syarikat usahasama sawit Malaysia yang didakwa terlibat dalam aktiviti pembakaran hutan.

Syarikat-syarikat terbabit, yang majoriti sahamnya dimiliki syarikat Malaysia, termasuk Sime Indo Agro (milik Sime Darby Plantation) di Kalimantan Barat, Sukses Karya Sawit (milik IOI Corporation) dan Rafi Kamajaya Abadi (milik TDM Bhd).




Dalam satu laporan berlainan, Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Siti Nurbaya Bakar mengesahkan tanah milik Kuala Lumpur Kepong di Riau turut disita.

Sebelum ini, TTF ada menerbitkan laporan terperinci berhubung pemilikan syarikat-syarikat usahasama sawit di Indonesia oleh syarikat-syarikat Malaysia yang samada diterajui golongan elit UMNO atau kroni-kroni DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

BACA: Kroni-kroni Mahathir, DAP punca masalah jerubu

Dalam laporan tersebut, TTF menyenaraikan kesemua syarikat yang dinamakan oleh Siti Nurbaya dan turut memberikan nama-nama taikun serta ahli politik yang terlibat dalam syarikat-syarikat tersebut.

TTF menulis:

Sebahagian besar tompok panas yang dikesan di kawasan Kalimantan dan Sumatera berpunca daripada syarikat-syarikat usaha sama Malaysia-Indonesia yang majoriti sahamnya dipegang oleh taikun-taikun Cina dan ahli-ahli politik ‘elit’ yang erat dengan DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad

Menerusi penglibatan Sime Darby, THP, IOI Plantations, Genting Plantations serta Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), hampir 70 peratus modal kewangan bagi tanaman sawit melibatkan syarikat usahasama  Malaysia-Indonesia yang diurus tadbir secara tidak langsung oleh kerajaan Malaysia.

Kesemua syarikat ini memiliki saham yang teramat besar dalam industri sawit Indonesia di mana majoriti saham ini diambil alih oleh syarikat- syarikat tersebut ketika Krisis Kewangan melanda rantau Asia.

Loading...

Pada ketika itu, kerajaan Indonesia terpaksa akur kepada tuntutan IMF dan bertindak melonggarkan beberapa syarat pemilikan syarikat di negara tersebut bagi membantu syarikat-syarikat sawit Indonesia kekal relevan dan bersaing maju.

Ini menjurus kepada satu siri rasionalisasi di mana beberapa syarikat GLC Malaysia dan syarikat-syarikat kroni Mahathir mula membeli saham dalam syarikat-syarikat sawit di Indonesia pada kadar yang menakjubkan.

Sebagai contoh, pada tahun 1997, KLK mengambil alih 95 peratus syarikat PT Adei Plantation and Industry dan berjaya memegang 27,760 hektar tanah di Riau menerusi pemilikan tersebut.

Ini secara langsung menguntungkan kroni-kroni Mahathir dan DAP seperti Tan Sri Dato’ Thong Yaw Hon yang turut merupakan ahli lembaga pengarah KLK. Mungkin ramai yang tidak tahu, KWSP, yang sudahpun memiliki 14.1 peratus saham Sime Darby, turut memegang 12.2 peratus saham dalam syarikat KLK.

IOI Planations pula bersangkut paut secara langsung dengan Dato’ Haji Mohd Khalil dan secara tidak langsung dengan Yeo Bee Yin, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Umum sedia maklum, Yeo pada ketika ini bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif IOI Properties Group Bhd, Lee Yeow Seng. Lee turut merupakan ahli lembaga pengarah IOI Group.

Sebelum ini, suami Yeo pernah dikaitkan dengan masalah pencemaran di Pasir Gudang yang disyaki pihak tertentu berpunca daripada kilang pemprosesan milik beliau.

Apa pun, yang pasti, majoriti daripada syarikat-syarikat usahasama Malaysia-Indonesia kerap melakukan pembakaran terbuka melibatkan ratusan ribu hektar ladang sawit yang merupakan punca sebenar masalah jerubu yang melanda negara ini.

NST Online melaporkan:

Reuters quoted Indonesia’s Environment Minister Siti Nurbaya Bakar as saying that there were four Malaysian companies out of at least 30 companies whose palm oil plantations in Indonesia were sealed off due to the fires.

She reportedly named the firms as Sime Darby Plantation’s unit Sime Indo Agro based in West Kalimantan; IOI Corporation’s unit Sukses Karya Sawit; and TDM Bhd unit Rafi Kamajaya Abadi.

THE THIRD FORCE


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...