Jho Low mulakan peranan sebagai penasihat TIA sebelum lantikan rasmi, mahkhamah diberitahu

Sepanjang tempoh perjalanan kes 1MDB, TTF akan menerbitkan keterangan-keterangan utama saksi-saksi kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan. Sumber (gambar): TTF

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, bahawa ahli perniagaan dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low dilantik sebagai penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) pada 8 April 2009.

“Jho Low yang memberitahu saya bahawa perlunya ada hitam putih (lantikan rasmi) daripada TIA untuk memastikan peranan beliau adalah telus.

“Namun, sebelum lantikan rasmi dibuat, semua tindakan dan peranan beliau adalah konsisten sebagai penasihat TIA bagi kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, Shahrol Azral berkata, Jho Low pernah memaklumkan kepadanya berhubung cadangan untuk Kerajaan Persekutuan mengeluarkan Jaminan Kerajaan (GG) terhadap pinjaman RM5 bilion yang dibuat TIA bagi menambahkan dana dalam syarikat itu.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini dimaklumkan ahli perniagaan dikehendaki pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low dilantik sebagai penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) pada 8 April 2009.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dalam keterangannya, berkata Jho Low tidak pernah memberitahu pelantikannya sebagai penasihat walaupun peranan ahli perniagaan itu bermula sejak awal penubuhan TIA (27 Februari 2009).




Saksi kesembilan pendakwaan perbicaraan kes 1MDB yang masuk hari ke-11 itu berkata, Jho Low menjalankan tanggung jawab beliau sebagai penasihat TIA sejak di awal penubuhannya lagi tetapi pelantikan rasmi hanya bermula April 2009, selepas TIA mengeluarkan resolusi formal.

“Jho Low yang memberitahu saya bahawa perlunya ada hitam putih (lantikan rasmi) daripada TIA untuk memastikan peranan beliau adalah telus.

“Namun, sebelum lantikan rasmi dibuat, semua tindakan dan peranan beliau adalah konsisten sebagai penasihat TIA bagi kedua-dua pihak iaitu Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

“Ini bermakna surat lantikan rasmi itu hanya formaliti sahaja kerana peranannya sejak dari awal lagi sebelum saya menyertai TIA,” katanya.

Ketika membacakan penyataan saksinya, Shahrol Azral, berkata beliau melihat Jho Low sejak dari awal lagi bertindak sebagai penasihat dalam menjaga kepentingan negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan, terutama dari sudut pelaburan dan dana.

Sementara itu, Shahrol Azral berkata, Jho Low pernah memaklumkan kepadanya berhubung cadangan untuk Kerajaan Persekutuan mengeluarkan Jaminan Kerajaan (GG) terhadap pinjaman RM5 bilion yang dibuat TIA bagi menambahkan dana dalam syarikat itu.

Katanya, GG itu digunakan untuk menjamin pinjaman TIA yang akan dibuat melalui terbitan bon Islamic Medium Term Notes (IMTN) melalui institusi bank tempatan.

Loading...

“Program penerbitan bon IMTN yang bernilai RM5 bilion selama 30 tahun itu sebenarnya bermula sebelum saya menyertai TIA lagi.

“Selepas menyertai TIA, saya dimaklumkan oleh Jho Low bahawa Jawatankuasa Pemandu memulakan perbincangan dan cadangan untuk mendapatkan terbitan bon RM5 bilion kepada TIA,” katanya.

Shahrol Azral berkata, selepas menyertai TIA, beliau bertindak sebagai pelaksana terhadap dasar yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Pemandu.

Katanya, Jho Low memaklumkan kepadanya supaya meneruskan dasar dan pelaksanaan IMTN seperti mana kehendak Sultan Mizan Zainal Abidin dan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, berikutan itu beliau meneruskan program yang dirancang itu.

Sumber:


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...