
Berikut adalah penulisan terkini A Kadir Jasin:
Perangi Rasuah Rakyat Sokong
A Kadir Jasin
جك اد اورڠ ماهو سيڠكير انور، سبب انور نمڤق اينتيم دڠن اورڠ ترڤاليت رسواه
1. Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah beberapa kali dilaporkan berkata, kalau nak jatuhkan beliau kerana lawan rasuah, silakan.
2. Beliau dah kata banyak kali yang beliau tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin dahulu dan sekarang yang perkayakan diri dengan merompak harta negara.
TONTON: MAKIN JELAS PARLIMEN PERLU BUBAR SEGERA
3. Saya mengambil maklum tetapi tidak mengulas kerana saya hendak tengok dulu adakah wujud usaha menjatuhkan beliau dan adakah beliau sendiri memenuhi ikrar memerangi rasuah.
4. Tiba-tiba berlaku perkembangan luar biasa di mahkamah di mana Pendakwa Raya meminta kes rasuah Akal Budi Ahmad Zahid Hamidi ditangguhkan “kerana SPRM perlu membuat siasatan lanjut”.
5. Pelik. Siasatan lanjut apa pula yang SPRM hendak buat sedangkan atas kekuatan siasatan asalnya, mahkamah telah mendapati kes prima facie terhadap tertuduh pada Januari tahun lalu dan beliau telah diperintah membela diri?
6. Kalaulah ada orang hendak singkirkan Anwar, ia bukanlah kerana beliau memerangi rasuah tetapi kerana beliau nampak intim dengan sesetengah orang yang terpalit dengan rasuah.
7. Beliau menuduh Dr Mahathir memperkayakan diri dan anak-anak ketika menjadi Perdana Menteri. Malah mendakwa mempunyai berkotak-kotak bukti. Tapi apabila Dr Mahathir minta beliau buktikan, beliau (melalui peguamnya) minta tangguh.
8. Cukuplah bermain dengan kata-kata. Kalau ada bukti berkotak-kotak, tak payah layan Dr Mahathir lagi. Hantar saja kotak-kotak ala Pandora itu kepada SPRM.
9. Kalau tak percaya kepada SPRM, dedahkan kepada wartawan macam yang dibuat oleh penyelongkar data pesisir pantai.
10. Cukuplah berdansa dengan serigala, tak kiralah serigala tua atau muda. Kalau beliau tidak mahu kalah dengan Dr Mahathir yang sudah pun kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, ambillah tindakan ke atasnya.
11. Kalau beliau yakin beliau mempunyai bukti yang kukuh dan lebih banyak penyokong daripada Dr Mahathir, teruskan saja tindakan terhadap musuhnya itu. Majoriti rakyat mesti sokong.
12. Dengan izin, “let’s get over with so that we can get on with our lives.”
