Jika benar Mahathir penjenayah, mengapa gagal heret ke mahkamah hingga hari ini?

“Mengapa berlu beretorik lagi sedangkan Barisan Nasional kini terlibat dengan kerajaan persekutuan dan mampu membawa Mahathir ke muka pengadilan jika benar beliau penjenayah?”

Raggie Jessy Rithaudeen

Ada dua isu besar berhubung situasi politik terkini yang perlu diberi penjelasan terperinci oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional, khususnya, UMNO Team A.

Isu pertama melibatkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan saya sampaikan menerusi terbitan in,i manakala isu kedua pula akan saya sampaikan esok menerusi satu lagi terbitan secara berasingan.




Isunya begini:

1. Sejak Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-4 pada tahun 2003, pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya berhubung penyelewengan dana kerajaan, kronisme, nepotisme dan salah guna kuasa.

2. Tuduhan-tuduhan ini memuncak di sekitar tahun 2015 apabila Mahathir mula memberikan tekanan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan salah guna kuasa dan penyelewengan dana 1MDB.

3. Anehnya, kumpulan penulis yang melemparkan tuduhan-tuduhan ini terhadap Mahathir (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “kumpulan penulis pro-BN”) merupakan kumpulan sama yang memujanya malah membantunya ketika beliau terlibat dalam usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

4. Di antara tahun 2015 dan 2018, beberapa dokumen kewangan berupa penyata, surat-menyurat dan “money trail” serta dokumen-dokumen lain didedahkan oleh pelbagai pihak bagi menyabitkan Najib dengan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dana melibatkan 1MDB dan SRC International.

5. Saya merupakan antara individu yang paling lantang menentang pembongkaran dokumen-dokumen ini pada awalnya kerana berpendapat maklumat yang dipaparkan tidak lengkap dan sengaja dimanipulasi bagi mengelirukan rakyat.

6. Walaubagaimanapun, setelah Barisan Nasional kalah di Pilihan Raya Umum ke-14, Mahathir mula mengheret ramai pemimpin UMNO ke muka pengadilan atas berpuluh-puluh tuduhan jenayah setiap seorang.

Loading...

7. Saya mengikuti satu dua kes melibatkan pemimpin-pemimpin ini dengan teliti dan mendapat beberapa dokumen yang didedahkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 yang pada ketika itu didakwa oleh kumpulan penulis pro-BN sebagai “tidak lengkap” dan “manipulasi” sebenarnya sahih dan digunakan sebagai bahan bukti di Mahkamah.

8. Kumpulan penulis pro-BN ini ialah kumpulan sama yang memuja Mahathir malah membantunya ketika beliau terlibat dalam usaha menumbangkan kerajaan pimpinan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.

9. Apa yang pasti, Mahathir berani mengheret ramai pemimpin ke mahkamah atas berpuluh-puluh tuduhan jenayah biarpun beliau didakwa mengamalkan nepotisme, kronisme, mengayakan kroni-kroninya, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana kerajaan.

10. Persoalannya, di antara tahun 2003 hingga Mei 2018, mengapakah tidak ada sesiapa pun dari kalngan pemimpin Barisan Nasional yang mampu mengheret Mahathir ke muka pengadilan?

11. Jika benar Mahathir pernah cuba memanipulasi badan perundangan dan kehakiman menerusi Gopal Sri Ram, mengapakah Tan Sri Apandi Ali tidak membuat laporan polis sebelum bulan Mei 2018 ketika Najib masih lagi bergelar Perdana Menteri dan Apandi bergelar Peguam Negara?

12. Bukankah ini salah guna kuasa oleh Apandi sendiri kerana menyorok bukti jenayah disamping gagal berfungsi sebagai “penasihat perundangan utama kepada kerajaan persekutuan?”

13. Mengapakah kumpulan penulis pro-Barisan dan beberapa pemimpin UMNO tidak membuat sebarang laporan polis biarpun mendakwa begitu lama, secara terbuka, bahawa wujud konspirasi sulit melibatkan Mahathir, Gopal Sri Ram, Tan Sri Abu Kassim dan Tan Sri Abdul Gani Patail?

14. Kini, setelah Mahathir memalukan ramai pemimpin UMNO dari Team A dengan mengheret mereka ke Mahkamah satu persatu, mengapakah beliau tidak diheret ke Mahkamah atas dakwaan-dakwaan salah guna kuasa, nepotisme, kronisme dan penyelewengan dana kerajaan yang diman-mainkan di media sosial sejak tahun 2013 lagi jika benar ada bukti?

15.Mana perginya ‘berguni-guni bahan bukti’ yang ‘dikumpul’ sejak tahun 2003 lagi yang mampu buktikan semua jenayah yang kononnya dilakukan oleh Mahathir?

16. Mengapa berlu beretorik lagi sedangkan Barisan Nasional kini terlibat dengan kerajaan persekutuan dan mampu membawa Mahathir ke muka pengadilan jika benar beliau penjenayah?

Memang ada sesuatu yang tak kena…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...