‘Jika PN menang PRN, berlaku perubahan kerajaan pusat’ – Abdul Hadi

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang. Sumber (gambar): Fail TTF

ءجك ڤن منڠ ڤرن، برلاكو ڤروبهن كراجأن ڤوستء – هادي اوڠ

“如果国盟赢得国盟,中央政府将会更迭”——哈迪阿旺

UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI

Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membolehkan berlakunya perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.

Katanya, disebabkan itu, PRN pada 12 Ogos ini adalah penting untuk memenangkan calon daripada PN.

“Kalau menang ini, akan berlaku perubahan kerajaan pusat, itu maknanya. Maka kewajipan mengundi sangat besar,” katanya semasa berucap pada Majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best di Sendayan, malam tadi.

Beliau berkata, orang Melayu masih lagi tidak menyedari bahawa mengundi ini suatu kuasa politik.


SEREMBAN: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membolehkan berlakunya perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.

Katanya, disebabkan itu, PRN pada 12 Ogos ini adalah penting untuk memenangkan calon daripada PN.




“Kalau menang ini, akan berlaku perubahan kerajaan pusat, itu maknanya. Maka kewajipan mengundi sangat besar,” katanya semasa berucap pada Majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best di Sendayan, malam tadi.

TONTON: PMX, TOLONG NOKTAHKAN DULU PENIPUAN HANG, TOKSAH DUK JANJI BUKAN BUKAN

Hadir sama, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya sedih kerana masih ramai kaum Melayu yang tidak ingin untuk keluar mengundi dalam pilihan raya.

“(Peratusan) kaum lain keluar mengundi 90 peratus (tapi) orang Melayu (yang) keluar mengundi 70 peratus. Masih ramai yang tak mahu mengundi,” katanya.

Beliau berkata, orang Melayu masih lagi tidak menyedari bahawa mengundi ini suatu kuasa politik.

“Kalau kita tak mengundi, bermakna kita menghilangkan kuasa politik. Mana-mana parti yang menang pilihan raya, dia dapat kuasa politik.

“Maka orang Melayu Islam termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem perlu menyokong PN untuk membuat perubahan yang baik,” katanya.

Loading...

Dakwanya, ia bukannya seperti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bergaduh sesama sendiri dalam kerajaan.

“Walaupun dia (BN dan PH) tubuh Kerajaan Perpaduan, dalam Parlimen berlawan sesama sendiri,” dakwanya.

Sumber:

TONTON: PMX, TOLONG NOKTAHKAN DULU PENIPUAN HANG, TOKSAH DUK JANJI BUKAN BUKAN

#PMX #Anwar #PRN #PerikatanNasional #HadiAwang



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...