JMM gesa SPRM buka semula 13 kes dakwaan rasuah Dr M

PUTRAJAYA: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula 13 kes laporan rasuah yang dibuat ke atas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.




Presidennya, Datuk Azwanddin Hamzah berkata, antara laporan kes tersebut pernah dibuat oleh Datuk Seri  Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kini Timbalan Perdana Menteri, Lim Guan Eng yang kini Menteri Kewangan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, SPRM di bawah ketua pengarah baharu perlu melakukan siasatan secara telus tanpa mengira apa sahaja jawatan dan pangkat.

“Jika bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini sedang disiasat, SPRM perlu melakukan tindakan yang sama ke atas Mahathir kerana laporan pernah dibuat sebelum ini.

“Jadi JMM mahukan SPRM lebih bebas daripada sebarang pengaruh politik dan tekanan daripada mana-mana pihak,” katanya selepas selesai menyerahkan dokumen kes salah laku itu di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan yang diedarkan kepada media, Azwanddin menyenaraikan sebanyak 13 perkara yang harus disiasat SPRM antaranya pemilikan hampir 100 keping wang kertas RM500 dan RM1,000, skandal Perwaja Steel dan kekayaan luar biasa anak Mahathir.

Laporan Mahathir menggunakan Danamodal untuk menutup kerugian syarikat kroni, aset hiliran Esso Malaysia dan salah guna kuasa sebagai Penasihat Petronas.

Turut tersenarai, skandal Bumiputra Finance, spekulator forex terbesar oleh Bank Negara, kegunaan wang kerajaan untuk melobi, pembelian MAS dengan harga luar jangkaan, siasatan RCI terhadap kerugian RM31.5 bilion Bank Negara serta bailout syarikat perkapalan Konsortium Perkapalan Berhad.

Azwanddin hadir ditemani bekas Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam.

Loading...

Source: Malaysia Gazette

Note: If everyone who likes our content helps fund it, it would help us bring more such content in the future. For as little as RM10, you can support The Third Force, and it only takes a minute. Click the donate button on the top right or follow the link HERE if you intend to make a contribution. Thank you.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...