Johor bentang belanjawan defisit pertama kali selepas 10 tahun

Kerajaan negeri mencadangkan perbelanjaan sebanyak RM850 juta menerusi Kumpulan Wang Pembangunan untuk tujuan pembangunan bagi melaksanakan 12 agenda utama. Sumber (gambar): Fail TTF

جوهر بنتڠ بلنجاوان دفيسيت ڤرتام كالي سلڤس 10 تاهون

Kerajaan negeri Johor hari ini mengumumkan belanjawan defisit berjumlah RM248.14 juta buat pertama kali selepas 10 tahun mencatatkan belanjawan lebihan.

Menteri Besar Hasni Mohammad berkata, unjuran hasil negeri pada tahun depan adalah sebanyak RM1.609 bilion, manakala unjuran perbelanjaan berjumlah RM1.857 bilion.

Belanjawan 2020 Johor yang dibentangkan tahun lalu menyaksikan lebihan (surplus) sebanyak RM2.36 juta.

Dalam pada itu, Johor turut mengumumkan kenaikan tiga kali ganda peruntukan kepada ADUN pembangkang, daripada RM50,000 menjadi RM150,000. 


PETLING JAYA: Kerajaan negeri Johor hari ini mengumumkan belanjawan defisit berjumlah RM248.14 juta buat pertama kali selepas 10 tahun mencatatkan belanjawan lebihan.

Menurut laporan, Menteri Besar Hasni Mohammad berkata, unjuran hasil negeri pada tahun depan adalah sebanyak RM1.609 bilion, manakala unjuran perbelanjaan berjumlah RM1.857 bilion.




“Dalam situasi ekonomi seperti sekarang, kita harus berbelanja lebih daripada biasa, mengikut sumber yang sedia ada dan berfokus,” Hasni dilaporkan sebagai berkata ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 bertema “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” pada Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Ke-14.

Kerajaan negeri mencadangkan perbelanjaan sebanyak RM850 juta menerusi Kumpulan Wang Pembangunan untuk tujuan pembangunan bagi melaksanakan 12 agenda utama.

Perbelanjaan mengurus pula berjumlah RM997.21 juta, iaitu RM513.69 juta bagi emolumen dan RM483.51 juta bagi perbelanjaan lain.

“Terdapat dua strategi kewangan bagi Belanjawan Johor 2021, iaitu dengan mengoptimumkan segala sumber yang ada pada kerajaan negeri, termasuk menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

“PBT akan memperuntukkan sebanyak RM562 juta bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan, kebajikan dan menangani Covid-19.

“Kerajaan Negeri menerusi GLC juga membantu dalam menjayakan inisiatif pembangunan di negeri Johor,” katanya.

Belanjawan 2020 Johor yang dibentangkan tahun lalu menyaksikan lebihan (surplus) sebanyak RM2.36 juta.

Loading...

Dalam pada itu, Johor turut mengumumkan kenaikan tiga kali ganda peruntukan kepada ADUN pembangkang, daripada RM50,000 menjadi RM150,000.

Hasni turut mengumumkan elaun bagi ketua pembangkang dinaikkan daripada RM3,000 menjadi RM5,000 dan disediakan seorang pembantu tadbir.

Kenaikan ini bagi membantu mereka dalam menyelesaikan masalah rakyat di kawasan masing-masing

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...