Jual MyKad: Saya bukan individu dikehendaki, dakwa saksi

Wang De Qun, 58, tidak bersetuju dengan soalan peguam Mohd Hisham Nazir yang mewakili tertuduh, Mohd Faizul Arifin, ketika prosiding deposisi yang diadakan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir. Source (pis):TTF Files

Saksi utama kes penjualan MyKad dan dokumen pengenalan diri, Wang De Qun, sah memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, hari ini bahawa beliau bukan individu dikehendaki pihak berkuasa atas kesalahan korporat.

Terdahulu, pada September lalu, De Qun atau dikenali sebagai Ewe Chor Beng di dalam MyKad, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki pasport palsu mengikut Seksyen 12(1)(d) Akta Pasport 1966.

De Qun dihukum penjara tiga bulan dari tarikh sabitan dan dijangka dibebaskan serta dihantar pulang ke negara asalnya pada 13 November ini.

Mereka ialah Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul, 34; Datuk Lai Chin Wah, 56; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36; Yap Cheng Wah, 43, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 66.


GEORGETOWN: Saksi utama kes penjualan MyKad dan dokumen pengenalan diri sah memberitahu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, hari ini bahawa beliau bukan individu dikehendaki pihak berkuasa atas kesalahan korporat.

Wang De Qun, 58, tidak bersetuju dengan soalan peguam Mohd Hisham Nazir yang mewakili tertuduh, Mohd Faizul Arifin, ketika prosiding deposisi yang diadakan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir.




Mohd Hisham, ketika menyoal De Qun, berkata terdapat perbezaan ketara terhadap tandatangan ahli perniagaan itu pada tiga afidavit yang dikemukakan kepada mahkamah iaitu pasport China (P1), pasport Vanuatu (P2), dan pasport Malaysia (P3).

Katanya, ia menimbulkan persoalan bahawa De Qun mungkin mempunyai identiti berbeza di China, dengan menggunakan nama Wang Jiang Lai di negara berkenaan.

De Qun bagaimanapun tidak bersetuju dengan soalan terbabit dan menafikan dirinya adalah individu dikehendaki pihak berkuasa sehingga memerlukan pasport asing.

Ketika pemeriksaan semula oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Yusaini Amer Abdul Karim, De Qun mengakui perbezaan tandatangan pada ketiga-tiga pasport terbabit.

“Pasport China memerlukan tulisan Cina, pasport Vanuatu perlu ditandatangani dalam karakter Rumi, manakala pasport Malaysia adalah ‘initial’ (huruf awalan) nama saya dalam tulisan Rumi,” katanya.

Pada prosiding deposisi hari pertama semalam, De Qun memaklumkan mempunyai pasport Vanuatu yang diperoleh melalui program migrasi pelaburan di negara itu.

Terdahulu, pada September lalu, De Qun atau dikenali sebagai Ewe Chor Beng di dalam MyKad, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki pasport palsu mengikut Seksyen 12(1)(d) Akta Pasport 1966.

De Qun dihukum penjara tiga bulan dari tarikh sabitan dan dijangka dibebaskan serta dihantar pulang ke negara asalnya pada 13 November ini.

Pada 12 September lalu, enam lelaki termasuk seorang Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, berdepan 32 pertuduhan menjual MyKad dan dokumen pengenalan diri sah kepada warga asing.

Mereka ialah Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul, 34; Datuk Lai Chin Wah, 56; Loh Chan Cheong, 34; Chien Guan Chai, 36; Yap Cheng Wah, 43, dan Mohd Faizal Tan Abdullah, 66.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...