
جومله داڬڠن ايكسڤورت، ايمڤورت مليسيا منورون ستاكت جولاي 2023
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Malaysia mencatat jumlah perdagangan bernilai RM216.4 bilion bagi Julai 2023 berbanding RM222.1 bilion pada Jun dengan eksport dan import masing-masing pada RM116.8 bilion dan RM99.7 bilion.
Untuk tempoh tahun ini setakat Julai 2023, jumlah eksport dan import negara menurun berbanding suku sama pada tahun lalu.
“Prestasi eksport Malaysia pada Julai 2023 bernilai RM116.8 bilion, menurun sebanyak RM17.6 billion (-13.1 peratus) berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya,” kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Bagi import, Mohd Uzir berkata Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan menyumbang 27.8 peratus (Jun 2023 : 25.8 peratus).
Malaysia mencatat jumlah perdagangan bernilai RM216.4 bilion bagi Julai 2023 berbanding RM222.1 bilion pada Jun dengan eksport dan import masing-masing pada RM116.8 bilion dan RM99.7 bilion.
Untuk tempoh tahun ini setakat Julai 2023, jumlah eksport dan import negara menurun berbanding suku sama pada tahun lalu.
Jabatan Perangkaan Malaysia berkata Pulau Pinang kekal sebagai sebagai pengeksport utama dengan sumbangan sebanyak RM39.6 bilion atau 33.9 peratus daripada jumlah eksport negara (Jun 2023 : 33.2 peratus), lapor Bernama.
TONTON: KERAJAAN TANDUS STRATEGI UNTUK TARIK PENGUNDI, TAK BELAJAR DARI KESILAPAN
Ini diikuti oleh Johor (19.6 peratus), Selangor (17.8 peratus), Sarawak (7.0 peratus) dan Kedah (4.4 peratus), kata Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
“Prestasi eksport Malaysia pada Julai 2023 bernilai RM116.8 bilion, menurun sebanyak RM17.6 billion (-13.1 peratus) berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya,” katanya.
Bagi import, Mohd Uzir berkata Selangor terus mendominasi import Malaysia dengan menyumbang 27.8 peratus (Jun 2023 : 25.8 peratus).
Prestasi itu disusuli oleh Johor yang mencatat 22.9 peratus, Pulau Pinang (19.6 peratus), Kuala Lumpur (7.2 peratus) dan Sarawak (5.0 peratus).
“Import pada Julai 2023 juga menurun RM18.8 bilion (-15.9 peratus) berbanding bulan sama pada tahun sebelumnya,” katanya.
Sumber:
TONTON: KERAJAAN TANDUS STRATEGI UNTUK TARIK PENGUNDI, TAK BELAJAR DARI KESILAPAN
