Jururawat Pulau Pinang penerima vaksin meninggal dunia akibat serangan jantung

Suami mangsa juga ada memaklumkan isterinya menerima suntikan vaksin Covid-19 di tempat kerja pada 12 Mac lalu. Sumber (gambar): Fail TTF

جوروراوت ڤولاو ڤينڠ ڤنريما ۏكسين منيڠڬل دنيا عقيبة سراڠن جنتوڠ

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Seorang jururawat Hospital Pulau Pinang meninggal dunia akibat serangan jantung di bilik tidur rumahnya di Bandar Sri Astana, di sini semalam.

Mangsa berusia 45 tahun yang mempunyai rekod penyakit darah tinggi itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh suaminya kira-kira pukul 2 pagi.

Jururawat itu juga dimaklumkan oleh suaminya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Pulau Pinang pada 12 Mac lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, punca kematian mangsa yang telah berkhidmat sebagai jururawat selama hampir 20 tahun itu adalah akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 


SUNGAI PETANI: Seorang jururawat Hospital Pulau Pinang meninggal dunia akibat serangan jantung di bilik tidur rumahnya di Bandar Sri Astana, di sini semalam.

Mangsa berusia 45 tahun yang mempunyai rekod penyakit darah tinggi itu ditemukan tidak sedarkan diri oleh suaminya kira-kira pukul 2 pagi.




Jururawat itu juga dimaklumkan oleh suaminya telah menerima suntikan vaksin Covid-19 di Hospital Pulau Pinang pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian daripada seorang penolong pegawai perubatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini kira-kira pukul 2.45 pagi semalam.

Kata beliau, hasil temu bual dengan suami mangsa, wanita terbabit dikatakan mengadu sakit di seluruh badan sebelum masuk bilik untuk berehat pada pukul 11.30 malam, Selasa lalu.

“Lelaki itu kemudian masuk ke bilik untuk tidur kira-kira pukul 2 pagi dan cuba mengejutkan isterinya, namun tiada tindak balas.

“Pemeriksaan pada nadi si mati juga didapati tiada denyutan menyebabkan lelaki terbabit terus menghubungi HSAH sebelum wanita itu disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Menurut Adzli, siasatan lanjut di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa dibawa ke HSB untuk dibedah siasat.

“Pejabat Kesihatan Daerah juga telah datang untuk membuat sanitasi di tempat kejadian,” ujarnya.

Loading...

Katanya, suami mangsa juga ada memaklumkan isterinya menerima suntikan vaksin Covid-19 di tempat kerja pada 12 Mac lalu.

Tambahnya, punca kematian mangsa yang telah berkhidmat sebagai jururawat selama hampir 20 tahun itu adalah akibat serangan jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...