
كابينيت ڤرسكوتوان، ترماسوق منتري امنو، ستوجو سيدڠ ڤرليمين تڠڬوه هيڠڬ 1 اوڬوس
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Jemaah Menteri bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan di dalam bangunan Parlimen.
Takiyuddin mengulas gesaan kalangan Ahli Parlimen terutama pembangkang yang mahu supaya kerajaan memulakan sidang Parlimen susulan kenyataan Istana Negara sebelum ini bahawa sidang Parlimen tidak digantung.
Pada 12 Januari lalu, Istana Negara dalam kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal, jika kes positif COVID-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri bersetuju sidang Parlimen ditangguhkan hingga 1 Ogos depan bagi membolehkan kerajaan memberi tumpuan sepenuhnya kepada usaha melawan Covid-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata keputusan penangguhan itu dibuat berdasarkan alasan perundangan serta analisis data dan sains mengenai kekhuatiran penularan di dalam bangunan Parlimen.
“Ketika darurat, Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) boleh buat ordinan. Agong sudah boleh gubal undang-undang. Keperluan Parlimen bersidang untuk buat undang-undang tidak ada. Fokus kita adalah COVID-19. Jadi kita boleh tangguhkan dulu (sidang Parlimen).
“Di Parlimen sekarang ini, ada 220 Ahli Parlimen. Dua meninggal dunia, Gerik dan Batu Sapi. Daripada 220 orang, seramai 77 Ahli Parlimen berumur 61 hingga 69 tahun. Ini kumpulan berisiko. Umur dari 71 hingga 79 tahun ada 19 orang, 80 tahun ke atas ada empat orang.
“Jadi, hampir sebahagian Ahli Parlimen kita adalah kumpulan berisiko. Kita tidak mahu Ahli Parlimen terdedah dengan perkara ini (kerana) kita berada dalam satu kawasan yang tertutup.
“Bila bersidang juga, sekurang-kurangnya seorang Ahli Parlimen ada tiga pegawai. Kemudian (pegawai) kementerian pun kena hadir juga,” katanya pada sidang media, di Putrajaya hari ini.
Turut sama hadir pada sidang media itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Takiyuddin mengulas gesaan kalangan Ahli Parlimen terutama pembangkang yang mahu supaya kerajaan memulakan sidang Parlimen susulan kenyataan Istana Negara sebelum ini bahawa sidang Parlimen tidak digantung.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, kenyataan Istana Negara sebelum ini adalah menjelaskan mengenai Seksyen 14(1) Ordinan Darurat bahawa sepanjang tempoh darurat sidang Parlimen ditiadakan, bukannya digantung.
“Sekarang Jemaah Menteri menasihati Agong tidak ada sidang Parlimen, itulah keadaannya. Agong mahu nyatakan perlu ada keputusan dari Jemaah Menteri bukan Perdana Menteri. Jadi di sini, apabila Kabinet membuat nasihat, kita menangguhkan bukan menggantung,” katanya.
Beliau berkata, ketika darurat 1969 dulu, Parlimen tidak bersidang selama dua tahun kerana semua proses undang-undang dalam tempoh itu dibuat oleh Agong.
“Jadi di sini, tidak timbul kerajaan menggantung Parlimen kerana darurat kita hingga 1 Ogos, selama enam bulan 20 hari. Kalau pun tiada sidang Parlimen, Perdana Menteri memberi jaminan, selepas habis darurat akan dipanggil sidang Parlimen,” katanya.
Pada 12 Januari lalu, Istana Negara dalam kenyataan menyebut Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal, jika kes positif COVID-19 dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka Baginda turut berkenan terhadap cadangan kerajaan bagi pembentukan Jawatankuasa Bebas yang akan dianggotai oleh Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang serta pakar-pakar kesihatan dan yang berkait.
Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
