Kadar pembebasan pemimpin PH daripada pertuduhan amat mencurigakan

Terdahulu, pada 27hb Febuari 2019, Rafizi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan menyiarkan artikel yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) di akaun Facebook miliknya. Sumber (gambar): TTF

TTF: Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli, hari ini menang dalam rayuannya untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi terhadapnya yang memerlukan beliau bayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah (lihat petikan berita di bawah).

Terdahulu, pada 27hb Febuari 2019, Rafizi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret daripada tuduhan menyiarkan artikel yang mengandungi tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) di akaun Facebook miliknya.

Hakim yang bersidang pada ketika itu, Majistret Umzarul An-Nur Umar, membuat keputusan tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Zulkefli, memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan menerima arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk tidak meneruskan kes terhadap Rafizi.

Biarpun kes tersebut berprofil tinggi, sehingga kini, rakyat tidak pernah disajikan dengan alasan yang digunakan oleh Pejabat Peguam Negara untuk menghentikan kes tersebut.

Ini sekaligus mengugat kepercayaan umum terhadap sistem keadilan negara di bawah kerajaan Pakatan Harapan memandangkan bilangan kes berprofil tinggi melibatkan pemimpin PH yang samada dihentikan begitu sahaja ataupun diselesaikan dalam tempoh yang begitu singkat.

Kesemua kes ini dilihat berpihak kepada kepimpinan PH semata-mata.

Ini termasuk:

19 Mei 2018: Penarikan balik saman fitnah oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) terhadap Rafizi berhubung isu bayaran gratuiti pesara tentera.

28 Jun 2018: Keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepas dan membebaskan R Sivarasa daripada tuduhan memuat naik poster palsu yang memaparkan foto Datuk Seri Najib Tun Razak di laman sosial pada tahun 2016.

2 Julai 2018: Keputusan mengejut Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) yang dikatakan secara tiba-tiba menerima rayuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua yang lain berhubung ganti rugi sebanyak RM2 juta kerana memfitnah.

25 Julai 2018: Keputusan mengejut Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot tanah dan banglo serta ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dakwaan bersubahat.

Sepertimana dalam kes Rafizi, keputusan tersebut dibuat berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, melalui representasi yang dikemukakan pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menggugurkan tuduhan.

Ini sekaligus mendedahkan subahat Tommy Thomas dengan Guan Eng memandangkan Tommy merupakan Pegram Negara dan pernah mewakili Guan Eng dalam kes tersebut.

30 Julai 2018: Ketiga-tiga R. Sivarasa, kartunis Zunar dan peguam N. Surendran dilepas dan dibebaskan serentak oleh Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat kenyataan berbaur hasutan.

Kesemua ini berlaku dalam tempoh masa kurang daripada tiga bulan selepas Pakatan Harapan menjadi kerajaan persekutuan.

Bukankan ini agak mencurigakan, memandangkan kes-kes berprofil tinggi sebegini selalunya mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan?


PUTRAJAYA: Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli menang dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi terhadapnya yang memerintahkan beliau membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana memfitnah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Hamid Sultan Abu Backer, Datuk Hanipah Farikullah dan Datuk Wira Kamaludin Md Said membenarkan rayuan Mohd Rafizi.

“Kami sebulat suara bersetuju bahawa rayuan beliau mempunyai merit. Rayuan ini dibenarkan dengan kos,” kata Hakim Hamid Sultan.


Beliau mengarahkan Dr Mohamad Salleh untuk memulangkan sejumlah RM300,000, termasuk RM200,000 sebagai ganti rugi dan RM100,000 sebagai kos yang telah dibayar oleh Mohd Rafizi kepada beliau (Mohamad Salleh).

Hakim Hamid Sultan mengarahkan supaya Mohamad Salleh mengembalikan wang RM300,000 itu dalam tempoh 30 hari, yang jika gagal akan dikenakan kadar faedah lima peratus setahun sehingga bayaran itu lunas.

Hakim Hamid Sultan juga mengarahkan Mohamad Salleh untuk membayar RM10,000 sebagai kos prosiding Mahkamah Rayuan dan RM100,000 kos prosiding di Mahkamah Tinggi.

Hakim Hamid Sultan juga menolak rayuan balas yang dikemukakan oleh Mohamad Salleh mengenai jumlah ganti rugi berkenaan.

Peguam Mohamad Salleh, Sarah Abishegam memohon keputusan penangguhan tetapi Hakim Hamid Sultan mengarahkan beliau supaya membuat permohonan rasmi.

Pada 2013, Mohamad Salleh dan NFCorp menyaman Mohd Rafizi dengan mendakwa beliau (Mohd Rafizi) telah membuat pernyataan fitnah pada 7 Mac, 2012 pada sidang media di pejabat PKR mengenai pembelian hartanah KL Eco City yang disiarkan oleh Malaysiakini pada hari yang sama.

Pada 31 Oktober 31, 2016, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur memerintahkan Mohd Rafizi membayar RM150,000 sebagai ganti rugi kepada Mohamad Salleh dan RM50,000 sebagai ganti rugi kepada NFCorp selepas membenarkan saman beliau terhadap Mohd Rafizi.

Mohd Rafizi juga diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar kos RM100,000 kepada Dr Mohamad Salleh.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak rayuan Mohamad Salleh terhadap Malaysiakini.

Terdahulu, mahkamah menolak permohonan Sarah yang meminta penangguhan rayuan itu selain meminta perkara itu ditangguhkan sehingga peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hadir di mahkamah.

“Perkara ini telah ditangguhkan sekurang-kurangnya sebanyak lima kali, dan ganti rugi kepada responden pertama (Mohamad Salleh) hanya RM150,000 sahaja,” kata Hamid Sultan.

Kedua-dua Mohd Rafizi dan Mohamad Salleh tidak hadir di mahkamah.

Peguam Ranjit Singh yang mewakili Mohd Rafizi berkata, anak guamnya hanya bergantung kepada belaan komen yang adil.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...