Kadir Jasin: Kabinet Muhyiddin tiada arah tujuan

Menurut Kadir, Muhyiddin perlu mengambil nasihat yang diberikan Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam temu bualnya bersama portal berita yang menegur kepimpinannya dan barisan Kabinet. Sumber (gambar): Fail TTF

قادر جاسين: كابينيت محي الدين تياد اره توجوان

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan memberi tunjuk ajar kepada barisan menteri Kabinetnya yang dilihat belum ada arah tujuan sehingga kini.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A Kadir Jasin berkata, walaupun telah setahun barisan menteri Perikatan Nasional (PN) memegang jawatan, namun belum ada contoh usaha yang membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak Covid-19.

Mengulas lanjut, A Kadir yang juga bekas wartawan veteran berkata, secara asasnya analisis Daim itu dilihat merbahaya kepada Muhyiddin dan ‘budak-budaknya’ kerana bekas menteri kewangan itu masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik dan perniagaan.

Katanya, sekali pun Muhyiddin dan ‘konco-konconya’ tidak malu dengan apa yang dilakukan mereka ketika ini namun ingatlah penderitaan orang lain.


SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan memberi tunjuk ajar kepada barisan menteri Kabinetnya yang dilihat belum ada arah tujuan sehingga kini.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk A Kadir Jasin berkata, walaupun telah setahun barisan menteri Perikatan Nasional (PN) memegang jawatan, namun belum ada contoh usaha yang membabitkan pelbagai kementerian dalam memerangi wabak Covid-19.




Justeru katanya, Muhyiddin perlu mengambil nasihat yang diberikan Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam temu bualnya bersama portal berita yang menegur kepimpinannya dan barisan Kabinet.

“Daim berkata, walaupun Malaysia kini menderita ‘zero political goodwill’ namun ia tidak akan menjadi isu besar jika kerajaan berfungsi dengan cekap dan mendahulukan rakyat.

“Masalah ini, kata beliau diburukkan lagi apabila setiap kementerian bergerak secara bersendirian.

“Jadi eloklah Muhyiddin baca, hadam dan faham teguran dan kritikan Daim itu. Cubalah kawal dan bagi tunjuk ajar kepada menteri beliau yang nampak belum ada arah tujuan walaupun sudah satu tahun pegang jawatan,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, A Kadir yang juga bekas wartawan veteran berkata, secara asasnya analisis Daim itu dilihat merbahaya kepada Muhyiddin dan ‘budak-budaknya’ kerana bekas menteri kewangan itu masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam politik dan perniagaan.

Katanya, sekali pun Muhyiddin dan ‘konco-konconya’ tidak malu dengan apa yang dilakukan mereka ketika ini namun ingatlah penderitaan orang lain.

“Rakyat jelata malu dan negara sedang menderita akibat rampasan kuasa yang mereka lakukan,” katanya.

Loading...

Daim dalam temubualnya bersama Free Malaysia Today melalui email berkata, wabak Covid-19 mendedahkan kerajaan PN sedang terumbang ambing dalam melaksanakan fungsi asasnya iaitu mentadbir negara.

Katanya, ia diburukkan lagi apabila setiap kementerian bergerak secara bersendirian dalam menangani isu berkaitan.

Sumber:

WAJIB BACA:

Muhyiddin sah lemas sebab Mahathir, ini buktinya…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...