
كاجين: هاڽ ساتو دري ليما رعيت مليسيا ماهو محي الدين ككال ڤردان منتري
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Hanya satu daripada lima rakyat Malaysia mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal penuh Parlimen Malaysia ke-14 berakhir.
Ini menurut satu kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) membabitkan sejumlah 8,352 responden secara dalam talian melalui kaedah pensampelan pelbagai peringkat.
IDE mendakwa bahawa tinjauan dijalankan dalam talian antara 19hb Februari dan 28hb Februari, bertepatan dengan ulang tahun pertama “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.
Menurut pengurus kanan bahagian penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir, perincian persampelan akan didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDE, Mohammad Redzuan Othman.
PETALING JAYA: Hanya satu daripada lima rakyat Malaysia mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai perdana menteri sehingga penggal penuh Parlimen Malaysia ke-14 berakhir.
Ini menurut satu kajian yang dibuat oleh Institut Darul Ehsan (IDE) membabitkan sejumlah 8,352 responden secara dalam talian melalui kaedah pensampelan pelbagai peringkat.
Hasil kajian IDE mendapati hampir separuh (46 peratus) responden mahu Muhyiddin berundur kerana tidak lagi menikmati sokongan majoriti manakala 29 peratus berpendapat pilihan raya umum harus diadakan segera.
Dua peratus lagi berkata, bahawa Muhyiddin perlu meneruskan perisytiharaan darurat untuk terus berkuasa.
Dapatan tinjauan itu dinyatakan dalam laporan “Mood Rakyat Malaysia Siri 1″ IDE yang diterbitkan hari ini.
IDE mendakwa bahawa tinjauan dijalankan dalam talian antara 19hb Februari dan 28hb Februari, bertepatan dengan ulang tahun pertama “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kejatuhan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.
Menurut pengurus kanan bahagian penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir, perincian persampelan akan didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IDE, Mohammad Redzuan Othman.
THE THIRD FORCE
Disunting daripada laporan Malaysiakini
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
