Kajian melaksanakan semula GST dapat pelbagai reaksi netizen

Baru ini, Mahathir memberitahu bahawa sistem GST boleh dibawa balik jika itu yang rakyat mahukan. Sumber (gambar): TTF

Kajian untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian daripadanya menyifatkan kaedah itu sebagai lebih adil dan cekap berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diamalkan kini.

Berdasarkan pengundian dalam talian BH menerusi platform media sosial setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 56 peratus netizen di laman Facebook dan 67 peratus di Twitter bersetuju supaya cukai kepenggunaan itu dikaji semula.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata, kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan GST sekiranya itu yang dimahukan rakyat.

Katanya, kajian semula itu bertujuan melihat sama ada GST lebih baik berbanding SST.


KUALA LUMPUR: Kajian untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian daripadanya menyifatkan kaedah itu sebagai lebih adil dan cekap berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) diamalkan kini.

Berdasarkan pengundian dalam talian BH menerusi platform media sosial setakat jam 4 petang tadi, sebanyak 56 peratus netizen di laman Facebook dan 67 peratus di Twitter bersetuju supaya cukai kepenggunaan itu dikaji semula.




Ruangan komen terhadap undian yang bermula jam 11.45 pagi itu dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen.

Ada juga yang berpandangan aspek sebenar perlu dikaji adalah impak cukai terhadap rakyat.

Pengguna Reezal Abu Samah berkata, “GST atau SST, cukai tetap cukai dan yang patut dikaji adalah impak cukai kepada rakyat.

“Kebanyakan golongan berpendapatan sederhana pun dah boleh masuk kategori miskin bandar sekarang ini,” katanya.

Seorang lagi netizen, Hammad Tarmizi, berkata GST dilihat lebih baik berbanding SST yang dianggap merugikan kerajaan.

“GST lebih baik diperkenalkan daripada ketirisan dalam SST dan merugikan kerajaan. Tetapi peratusannya perlu tidak lebih dari tiga peratus,” katanya.

Ada juga yang mempersoalkan sikap netizen bersetuju ia dikaji semula sedangkan kerajaan sudah melaksanakan SST.

Pengguna dengan nama Fuad Ahamad hairan dengan mereka yang bersetuju GST diperkenalkan semula sedangkan ramai menolak ketika ia diperkenalkan.

“Kenapa majoriti pilih ya? Hari itu beriya tidak mahu,” katanya.

Pengguna Iza Karim juga keliru mengapa GST digantikan tetapi kini ingin dikaji semula atas kehendak rakyat.

“Dulu kata rakyat tolak. Sekarang kata kehendak rakyat. Bukan ke SST akan menyebabkan barang murah?” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dilaporkan berkata, kerajaan sedia mengkaji semula pelaksanaan GST sekiranya itu yang dimahukan rakyat.

Katanya, kajian semula itu bertujuan melihat sama ada GST lebih baik berbanding SST.

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus bermula pada 1 April 2015 sebelum dimansuhkan dan SST diperkenalkan semula pada 1 September 2018.

Sumber:


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...