Kakitangan Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah tiga tuduhan rasuah

Rohaya Sabot, 39, yang masih berkhidmat di kementerian sama, membuat pengakuan berkenaan ketika dihadapkan di hadapan Hakim Azman Ahmad. Sumber (gambar): Selangorkini

Seorang bekas setiausaha pejabat di Kementerian Kewangan,Rohaya Sabot, 39, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga tuduhan rasuah berhubung pembelian hartanah milik kerajaan di Hong Kong, hujung tahun lalu.

Dia dituduh sebagai setiausaha pejabat di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan, meminta suapan berjumlah RM3 juta daripada Wan Mohamad Wan Yusuf selaku wakil Syarikat Allied Vantage International Group Limited (AVL) bagi membantunya dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli aset kerajaan, iaitu Bangunan Malaysia di 47-50, Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima RM50,000 daripada individu sama melalui akaun CIMB Bank dan tuduhan ketiga, menerima RM3,000 melalui deposit tunai ke akaun Maybank Islamic Berhad miliknya sebagai dorongan bagi tujuan yang sama.

Wanita itu turut mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan pilihan, iaitu menipu individu sama dengan memperdaya mangsa bahawa dia boleh membantu syarikat sama dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset sama.


KUALA LUMPUR: Seorang bekas setiausaha pejabat di Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tiga tuduhan rasuah berhubung pembelian hartanah milik kerajaan di Hong Kong, hujung tahun lalu.

Rohaya Sabot, 39, yang masih berkhidmat di kementerian sama, membuat pengakuan berkenaan ketika dihadapkan di hadapan Hakim Azman Ahmad.




Dia dituduh sebagai setiausaha pejabat di Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan, meminta suapan berjumlah RM3 juta daripada Wan Mohamad Wan Yusuf.

Wang itu sebagai dorongan membantu Wan Mohamad selaku wakil Syarikat Allied Vantage International Group Limited (AVL) dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli aset kerajaan, iaitu Bangunan Malaysia di 47-50, Gloucester Road, Wanchai, Hong Kong.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di PappaRich [email protected] Lot B2-G-2 Ayer 8, Presint 8, Putrajaya pada 25 November 2018.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi.

Rohaya yang diwakili peguam, Ravin Jay juga menghadapi dua lagi pertuduhan mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima RM50,000 daripada individu sama melalui akaun CIMB Bank dan tuduhan ketiga, menerima RM3,000 melalui deposit tunai ke akaun Maybank Islamic Berhad miliknya sebagai dorongan bagi tujuan yang sama.

Loading...

Rohaya didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Maybank Islamic Berhad Al-Idrus Cawangan Kuching di Wisma Satok, Jalan Satok, Kuching, Sarawak, masing-masing pada 14 Disember dan 26 Disember 2018.

Wanita itu turut mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan pilihan, iaitu menipu individu sama dengan memperdaya mangsa bahawa dia boleh membantu syarikat sama dipilih dan ditawarkan sebagai pembeli bagi aset sama.

Perbuatan itu mendorong mangsa memasukkan RM50,000 dan memindahkan RM3,000 dari akaun CIMB Bank ke akaun Maybank Islamic Bhd milik tertuduh di tempat dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, Rohaya didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Zander Lim Wai Keong memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan kerana kesalahan dilakukan adalah serius.

Peguam tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah memberikan jaminan rendah sebanyak RM10,000 dengan alasan gaji bulanannya hanya RM5,500 dan perlu menanggung bapa yang uzur selain mempunyai komitmen pinjaman perumahan.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin RM30,000 bagi semua pertuduhan dan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah juga menetapkan 29 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Sumber:


Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup

TELEGRAM: Norismail Sarbini

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...