KALANGAN YANG TAKUT HILANG KUASA AKAN TOLAK CADANGAN SEMANGAT MAGERAN UNTUK TUBUHKAN ‘MAJLIS PEMULIHAN NEGARA’

Ketua PEJUANG Wilayah Persekutuan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

كالڠن يڠ تاكوت هيلڠ كواس اكن تولق چادڠن سماڠت ماڬرن اونتوق توبوهكن ‘مجليس ڤموليهن نڬارا’

Saya hendak tanya Anwar Ibrahim secara jujur dan ikhlas. Kaedah mana lebih bagus samada untuk terus menipu cukup nombor sokongan majoriti bagi beliau jadi Perdana Menteri atau kita tubuhkan Majlis Pemulihan Negara untuk menyediakan landasan kearah mengujudkan Kerajaan Perpaduan yang bakal dianggotai oleh semua pihak akhirnya bagi sama-sama memikul tanggunjawab bina semula Malaysia Baharu?

Semua pihak sepatutnya harus bersabar dan tunggu terlebih dahulu untuk mendengar penerangan terperinci dari Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai saranan beliau kearah mengujudkan Majlis Pemulihan Negara berteraskan semangat MAGERAN yang pada dasarnya tersimpang jauh dari pentadbiran ala otokratik.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai sebarang agenda kepentingan diri pada usia 95 tahun. Yang terpenting buat Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah kesejahteraan masa depan bangsa serta negara.




Hari-hari Tun Dr Mahathir Mohamad hanya bercakap mengenai kepentingan masa depan bangsa dan negara saja.

Sekiranya diteliti secara betul-betul bahawasanya semua yang takut dengan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara adalah terdiri dari segelintir pemimpin-pemimpin politik yang ‘gila kuasa’ dan hanya mahu mencapai cita-cita kearah berpaut kepada kuasa secara mutlak demi kepentingan agenda politik sempit mereka.

Segelintir dari pemimpin-pemimpin PH sudah buat satu rumusan awal secara tidak tepat mengenai konsep pengujudan Majlis Pemulihan Negara kerana mereka hanya taksub kearah menyokong Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri saja.

Pada hakikatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mengutarakan cadangan ini mengikut semangat MAGERAN pada tahun 1969 tetapi matlamatnya amat berbeda sama sekali.

Majlis Pemulihan Negara yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memudaratkan bangsa serta negara tetapi ianya akan menjadi satu landasan terbaik untuk membangunkan semula tanahair tercinta ini.

Sesungguhnya, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh yang amat berpengalaman mengendali beberapa krisis dunia pada suatu masa dahulu yang mana resipi serta acuan beliau terbukti amat mujarab memulihkan negara Malaysia.

Kita lihat saja bagaimana Tun Dr Mahathir Mohamad mengendalikan krisis matawang pada tahun 1997 yang akhirnya penyangak matawang George Soros termasuk IMF memuji kaedah penyelesaian mantan Perdana Menteri dua kali ini.

Loading...

Secara peribadi saya amat yakin dengan ketokohan serta kemampuan Tun Dr Mahathir Mohamad mengendalikan krisis.

Di saat rakyat sedang menderita dan negara berada dalam situasi yang parah; semua pihak tidak harus berfikir hanya untuk berebut kuasa semata-mata hendak jadi Perdana Menteri.

Yakinilah, sekiranya semua pihak mahu mencapai matlamat penubuhan Kerajaan Perpaduan maka asasnya harus bermula dengan semangat MAGERAN sepertimana Allahyarham Tun Abdul Razak menubuhkan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1971.

Majlis Pemulihan Negara ini mempunyai matlamat yang sama kearah mengujudkan Kerajaan Perpaduan yang bakal membabitkan semua pihak bagi membina semula Malaysia Baharu demi kesejahteraan bangsa, negara serta agama.

Segala-galanya akan bermula dari landasan semangat MAGERAN dengan penubuhan Majlis Pemulihan Negara ini yang bakal mencapai agenda bersama untuk memulihkan kemelut kesihatan, politik, ekonomi serta sosial.

WAJIB BACA: 

TERKINI: AGONG BOLEH ISYTIHAR MAGERAN TANPA PERSETUJUAN PERDANA MENTERI [VIDEO]



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...