‘كالاو برهاتي تيسو، لوڤاكن ڤوليتيك’ – محضير
Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa pemimpin politik tidak harus terkesan dengan kritikan atau kenyataan orang lain, kerana tidak ada orang atau idea yang akan disokong 100 peratus oleh semua orang.
“Jika anda mempunyai hati selembut tisu, mungkin anda perlu lupakan hasrat untuk berpolitik. Seorang ahli politik perlu sentiasa bersedia menjadi mangsa kritikan dan cacian, malah dibenci rakyat,” katanya.
Mahathir turut menjelaskan bahawa beliau berazam untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana ramai orang tidak tahu mengurus negara.
Menurutnya, Malaysia mempunyai potensi dan sumber yang banyak tetapi semua itu tidak penting jika pemimpin tidak tahu cara menggunakannya.

Dalam temu bual bersama Astro Awani, Mahathir berkata, ahli politik mesti bersedia untuk menghadapi kritikan.
“Jika anda mempunyai hati selembut tisu, mungkin anda perlu lupakan hasrat untuk berpolitik. Seorang ahli politik perlu sentiasa bersedia menjadi mangsa kritikan dan cacian, malah dibenci rakyat,” katanya.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Mahathir turut menjelaskan bahawa beliau berazam untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana ramai orang tidak tahu mengurus negara.
Menurutnya, Malaysia mempunyai potensi dan sumber yang banyak tetapi semua itu tidak penting jika pemimpin tidak tahu cara menggunakannya.
“Saya melihat banyak perkara yang boleh dilakukan untuk negara ini. Bagaimanapun, ramai orang nampaknya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” katanya.
Baru-baru ini, Mahathir mengesahkan akan mempertimbangkan untuk mempertahankan kerusi parlimen Langkawi pada PRU15.
Beliau berkata, Pejuang sedang mengintai beberapa calon untuk bertanding di kerusi itu, tetapi beliau akan terbuka untuk bertanding sekiranya tiada calon yang sesuai.
Mahathir turut meluahkan kekecewaannya berhubung jurang kekayaan antara penduduk di kampung dan bandar.
“Masih banyak perkara yang saya mahu lakukan dan saya sangat prihatin dengan masalah sosial. Orang yang tinggal di kampung miskin tetapi yang di bandar agak kaya.
“Saya rasa boleh mencari jalan untuk meningkatkan kesejahteraan penduduk di kampung tetapi untuk itu, saya perlu ada kuasa, jika tidak, saya kecewa,” katanya.
THE THIRD FORCE