
ءكالاو چئڬو كنچيڠ برديري، انق موريدڽ ڤستي اكن كنچيڠ برديري!ء – حنيفف خطري
Berikut merupakan kenyataan terkini oleh Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhubung Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor:
MB KEDAH SANUSI SUDAH HILANG KREDIBILITI & TIDAK BERHAK UNTUK SALAHKAN RAKYAT BERKAITAN KENAIKAN KADAR JANGKITAN COVID-19 DI KEDAH
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera:
1. Pada 16.07.2021 Menteri Besar Kedah MUHAMMAD SANUSI MD NOR dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang pada bulan Jun lepas, isu yang tercetus melalui tularan gambar dan video pada 05.06.2021, memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kereta sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh yang mana pusat jualan dan pameran kenderaan tidak dibenarkan beroperasi.
(Link Laporan : https://www.sinarharian.com.my/article/150478/BERITA/Semasa/Pandu-uji-kereta-Polis-keluar-kompaun-terhadap-MB-Kedah)
2. Walhal, di peringkat awal isu itu tertular terdapat pelbagai kenyataan yang TIDAK MASUK AKAL dan BERCANGGAH yang dikeluarkan oleh para pegawai mewakili Pejabat Menteri Besar Kedah MUHAMMAD SANUSI MD NOR, seolah-olah menafikan ketidakpatuhan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang bekaitan
(Link Laporan : https://harakahdaily.net/index.php/2021/06/07/sanusi-sedia-maaf-wanita-dakwa-mb-langgar-sop/& https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/22/mb-kedah-langgar-sop-dalam-keadaan-tidak-sedar-dia-langgar-undang-undang-kata-pembantu-sanusi/)
3. Seseorang pemimpin, apatah lagi MENTERI BESAR sebuah negeri di Malaysia yang sudahpun didapati bersalah melanggar sesuatu undang-undang semestinya HILANG HAK dan HILANG KREDIBILITI untuk kemudiannya membuat kenyataan berkaitan pelanggaran undang-undang yang sama dengan kononnya menyalahkan RAKYAT tentang kenaikan kadar jangkitan COVID-19 di negeri itu, sedangkan Menteri Besar MUHAMMAD SANUSI MD NOR sendiri melakukan kesalahan yang berkenaan sejak awal Jun 2021!
(Link Laporan : https://www.thevocket.com/orang-ramai-tak-ikut-sop-punca-kes-positif-covid-19-meningkat-di-kedah-kata-menteri-besar/)
4. Cikgu Bahasa Malaysia saya di MRSM Kulim, Kedah pernah mendidik kami dengan satu peribahasa yang digubah beliau (dan kini digubah lanjut oleh saya, anak murudnya), dan ingin saya tujukan secara terus kepada Menteri Besar MUHAMMAD SANUSI MD NOR untuk mempelajari, menghadam dan mamahaminya, agar dia sedar bahawa jikapun ada mana-mana Rakyat Kedah yang tidak mematuhi atau melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19, maka ianya adalah BERPUNCA dari kelakuan dirinya sendiri, menurut peribahasa (yang digubah):
” Kalau CIKGU kencing berdiri, maka ANAK MURIDnya pasti akan kencing berdiri sambil berlari di atas keretapi ekspres kelajuan tinggi !!!”
5. Fahamilah, Wahai kesemua pemimpin yang “budiman” yang suka berkenduri durian, melancong ke luar negara, menjamu selera di restoran kegemaran, mahupun membuat pesanan Nasi “Ganja” dengan gunakan khidmat helikopter tanpa permit rentas daerah dan negeri, akan PERIBAHASA (yang digubah) di atas!!!
RAKYAT SUDAH MELUAT !!!
TANPA GUNDAH – GANJARA!!!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINT !!!
WAJIB BACA:
Syed Saddiq’s case may embolden Members of Parliament to turn against Muhyiddin this month end
