Kalau DAP nak jadi baruah PKR, silakan…

“Janganlah harap sesiapa dari Blok Bebas Kuasa Ketiga akan menyahut cadangan Anwar ataupun akur dengan sebarang perintahnya, kerana ahli-ahli parlimen BBKK berdiri atas pentas perjuangan sendiri dan tidak mengiktiraf Anwar sebagai “Ketua Pembangkang”

Raggie Jessy Rithaudeen

كالاو دڤ نق جادي بارواه ڤقر، سيلاكن…

Lim Kit Siang menipu apabila menegaskan hari ini bahawa partinya tidak pernah mencadangkan penukaran Ketua Pembangkang.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dari DAP, Phoong Jin Zhe, menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mempersembahkan sokongan majoriti ahli-ahli parlimen yang didakwa ‘kuat dan meyakinkan’.




Dalam membuat kenyataan itu, Phoong mempersoalkan idea pembentukkan gabungan bersama UMNO yang disokong oleh Anwar dan mendakwa politik perkauman makin buruk.

Phoong kemudian memberi gambaran bahawa Anwar gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pembangkang dan meminta blok pembangkang ‘berani’ melantik ketua baharu yang berwibawa dan berintegriti.

Demikian juga gambaran yang diberikan oleh Lim Guan Eng, di mana Setiausaha Agung DAP itu secara halus ‘menyelar’ usaha Anwar mendapatkan sokongan dari ahli-ahli parlimen Perikatan Nasional dan Barisan Nasional.

Dalam satu kenyataan bersama presiden AMANAH, Mohamad Sabu, Guan Eng berkata ahli politik blok kerajaan membuat percaturan politik hanya untuk kepentingan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

Kenyataan itu tidak diterima baik oleh pemimpin PKR, khususnya, Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimin, yang meminta DAP untuk mengesahkan samada seruan Phoong agar Anwar berundur mewakili kehendak DAP.

Saya diberitahu bahawa Phoong sememangnya mewakili ‘suara DAP Sabah’ yang benar-benar inginkan Anwar berundur dengan kadar segera.

Malah, bukan hanya Phoong tidak ditegur oleh kepimpinan pusat, sehari selepas beliau bersuara, Guan Eng terus mempersoalkan pergantungan pembangkang kepada ahli-ahli parlimen blok kerajaan.

Loading...

Ini jelas merupakan tekanan DAP terhadap Anwar, kerana hanya Anwar giat berusaha mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen dari UMNO, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jadi usahlah Kit Siang berbohong kononnya DAP tidak pernah mencadangkan penukaran Ketua Pembangkang.

Sebaliknya, Kit Siang perlu mengaku bahawa kepimpinan pusat DAP ingin Anwar berundur dan sengaja mengerahkan Phoong untuk membuat cadangan itu bagi mendapatkan reaksi blok pembangkang.

Kemudian, apabila tidak mendapat reaksi yang diinginkan, Kit Siang menjadi serba salah dan terus melutut kepada Anwar.

Itu pun Kit Siang tidak berani menjawab soalan Razeef dan hanya bermain kata bagi membeli masa, kerana apa yang diminta oleh Razeef adalah untuk DAP menyatakan pendiriannya terhadap Anwar, bukannya sekadar membuat penafian.

Inilah yang benar-benar terjadi.

Kit Siag perlu faham, tokoh negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak memerlukan Anwar atau PKR kerana tumpuan mereka adalah terhadap pemerkasaan Blok Bebas Kuasa Ketiga (BBKK) menjurus ke Pilihan Raya Umum ke-15.

Walaupun bergelar “Ketua Pembangkang,” itu tidak bermakna Anwar merupakan ketua semua ahli parlimen pembangkang, kerana setiap seorang akhirnya boleh membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada Anwar.

Justeru, jika DAP benar-benar inginkan sokongan Mahathir dalam soal pelantikan ketua pembangkang baharu, DAP perlu dengan jelas menyatakan pendiriannya terhadap Anwar dan mencadangkan secara terbuka siapa yang harus menggantikan beliau.

Ini tidak, kenyataan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP amat kabur dan langsung tidak menenkankan isu peralihan kepimpinan secara terperinci, sekaligus menjadikan kenyataannya sia-sia dan membuang masa.

Sekiranya DAP merasakan Anwar benar-benar layak bergelar “Ketua Pembangkang,” maka silalah bersama Anwar dan elakkan membuang masa BBKK.

Tetapi janganlah harap sesiapa dari BBKK akan menyahut cadangan Anwar ataupun akur dengan sebarang perintahnya, kerana ahli-ahli parlimen BBKK berdiri atas pentas perjuangan sendiri dan tidak mengiktiraf Anwar sebagai “Ketua Pembangkang.”

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...