Kalau dulu isu MyKad, kini timbul pula isu pegawai imigresen bawa masuk warga asing

Sinar Harian Online melaporkan bahawa polis menahan seorang pegawai JIM dan seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas disyaki terbabit dalam kegiatan membawa keluar dan masuk warga asing ke negara ini. Sumber (gambar): Fail TTF

Baru seminggu rakyat Malaysia disajikan berita penglibatan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan Putrajaya dalam menjual MyKad dan Sijil Beranak kepada warga China, kini timbul pula berita penglibatan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kegiatan membawa keluar dan masuk warga asing ke negara ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung tangkapan itu.

Minggu lepas, pihak polis berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan MyKad kepada warga China melibatkan pegawai dan kakitangan JPN Pulau Pinang dan Putrajaya.

Ini menjurus kepada penahanan enam lelaki, termasuk Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, di mana kesemua yang terbabit didakwa dengan 32 pertuduhan di Mahkhamah Sesyen Pulau Pinang.


SUBANG JAYA: Baru seminggu rakyat Malaysia disajikan berita penglibatan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan Putrajaya dalam menjual MyKad dan Sijil Beranak kepada warga China, kini timbul pula berita penglibatan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam kegiatan membawa keluar dan masuk warga asing ke negara ini.

Awal pagi tadi, Sinar Harian Online melaporkan bahawa polis menahan seorang pegawai JIM dan seorang wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam selepas disyaki terbabit dalam kegiatan tersebut.

Menurut laporan Sinar lagi, pegawai dan wanita berkenaan ditahan untuk pemeriksaan oleh anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA yang melakukan rondaan selepas terserempak sebuah kereta Hyundai Sonata.


“Hasil pemeriksaan terhadap kereta dipandu seorang wanita tempatan berusia 45 tahun itu menemui kotak disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Difahamkan ketika pemeriksaan dilakukan, muncul seorang lelaki mendakwa sebagai pegawai Imigresen berusia 40 tahun dan mengaku kereta itu miliknya.

“Wanita yang disoal siasat mendakwa pasport itu adalah milik rakannya yang didakwa berada di luar negara dan akan memasuki Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Zulkifli Adamshah ketika dihubungi, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung tangkapan itu.

“Tangkapan itu dibuat 1.30 tengah hari semalam selepas anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) KLIA mendapati kereta berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian itu sedang giat dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan,” katanya.

Minggu lepas, pihak polis berjaya menumpaskan satu sindiket penjualan MyKad kepada warga China melibatkan pegawai dan kakitangan JPN Pulau Pinang dan Putrajaya.

Ini menjurus kepada penahanan enam lelaki, termasuk Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, di mana kesemua yang terbabit didakwa dengan 32 pertuduhan di Mahkhamah Sesyen Pulau Pinang.

THE THIRD FORCE


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...