‘Kalau kita tandatangan MoU, ahli parlimen Labuan mungkin tak didakwa’ – Shafie Apdal

Shafie menegaskan Warisan tidak berkeperluan untuk menandatangani MoU dengan kerajaan. Sumber (gambar): Fail TTF

ءكيت تق تنداتاڠن مواو، اهلي ڤرليمين لابوان ددعواء – شافعي اڤدل

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli mungkin tidak akan didakwa di mahkamah esok sekiranya partinya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

Ketika mempertahankan Rozman, Shafie berkata Ahli Parlimen Warisan berkenaan tidak terlibat secara langsung dalam kes yang dikaitkan, dipercayai melibatkan salah guna kuasa.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Rozman yang dilaporkan bakal menghadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Ini susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa seorang Ahli Parlimen akan didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu.


PETALING JAYA: Presiden Warisan Shafie Apdal berkata Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli mungkin tidak akan didakwa di mahkamah esok sekiranya partinya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan.

Ketika mempertahankan Rozman, Shafie berkata Ahli Parlimen Warisan berkenaan tidak terlibat secara langsung dalam kes yang dikaitkan, dipercayai melibatkan salah guna kuasa.




“Pasal apa kes itu berlaku. Kes ini (berlaku pada) 2020. Kita tak tandatangan memorandum dan ini berlaku.

“Kalau kita tandatangan memorandum kemungkinan perkara itu tidak berlaku,” katanya dalam satu forum Rasuah Busters di Facebook Sinar Harian.

BACA JUGA: TINDAK TANDUK SPRM MENCURIGAKAN

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Rozman yang dilaporkan bakal menghadapi tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Ini susulan kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa seorang Ahli Parlimen akan didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah, sama ada untuk dirinya, saudara atau sekutu.

Rozman sendiri mengesahkan dirinya adalah individu itu, dengan mendakwa kerajaan cuba menuduhnya menyalahgunakan kuasa ketika menjadi ahli Lembaga Pelabuhan Labuan, selepas gagal dipujuk melompat parti meninggalkan Warisan.

Dalam pada itu, Shafie menegaskan Warisan tidak berkeperluan untuk menandatangani MoU dengan kerajaan.

Sebaliknya, beliau berkata, pihaknya boleh sahaja duduk semeja dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob jika mahu membincangkan hal berkepentingan untuk rakyat.

Loading...

Sumber:

WAJIB BACA:

Tindak tanduk SPRM mencurigakan

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...