‘Kalau Muhyiddin dah amalkan budaya penipu, macam mana nak harap rakyat Sabah percaya Aku Janji Perikatan Nasional?’

Bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ءكالاو محي الدين ده عملكن بوديا ڤنيڤو، ماچم مان نق هارڤ رعيت سابه ڤرچاي اكو جنجي ڤريكتن ناسيونل؟ء

Di peringkat pusat, kerajaan ‘pintu belakang’ (PN) Muhyiddin Yassin senantiasa berbalah dengan umno serta BN, jadi macamana nak cakap mengenai penubuhan kerajaan negeri sabah?

Pada realitinya, Muhyiddin Yassin hanyalah seorang pengkhianat yang cuba menipu dan memperbodohkan rakyat Malaysia.

Kerajaan ‘tebuk atap’ senantiasa berbalah sesama mereka.




Parti Bersatu bersama dengan PAS manakala UMNO pula sedang bersekongkol dengan GPS, MCA serta MIC yang tidak sehaluan dalam banyak aspek.

Mereka ini berbalah secara senyap-senyap dan tidak sehaluan tapi hanya berlakon seolah-olah semuanya ok.

PN dan MN sedang bersandiwara saja kerana masing-masing mempunyai agenda kepentingan tersendiri.

Sesama mereka tak boleh bersatu padu; apakah kalangan pengkhianat ini mampu untuk tadbir negeri sabah secara effektif.

Jangan cakap pasal perbalahan di antara PN dan MN malahan pemimpin-pemimpin umno negeri sabah juga berbalah sesama sendiri.

Rakyat sabah jangan biarkan puak pengkhianat dari kerajaan ‘tebuk atap’ terus memperbodohkan mereka, mereka tidak boleh dipercayai langsung.

Pemimpin-pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ hanya mahukan kuasa untuk terus menyamun khazanah kerajaan serta duit rakyat.

Loading...

Percayalah, hanya parti Warisan bersama rakan-rakan komponen saja yang boleh menjaga kesejahteraan dan keselamatan keseluruhan rakyat Sabah.

Undilah parti Warisan yang mengurus tadbir negeri sabah secara terbaik serta teramanah mungkin.

Datuk Seri Panglima Shafie Apdal adalah seorang tokoh pemimpin negeri sabah yang amat berwibawa yang boleh dipercayai untuk menjadi sandaran rakyat ‘negeri bawah bayu’ mengecapi kesejahteraan masa depan yang cemerlang.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...