Kalau tak boleh buat jangan berjanji, sifat munafik

Salah satu ciri-ciri orang yang munafik adalah golongan yang tidak menepati janji, ujar ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itu katanya, apabila rakyat sudah memberikan harapan terhadap janji-janji yang ditaburkan dan ianya tidak dapat dilaksanakan, ia adalah satu penipuan kepada rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pencelahan daripada ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong ketika membahaskan usul Titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, Khamis.

Zahid di dalam ucapannya turut berharap agar kerajaan PH dapat meneruskan dasar-dasar kerajaan terdahulu yang bermanfaat kepada rakyat.

KUALA LUMPUR: Salah satu ciri-ciri orang yang munafik adalah golongan yang tidak menepati janji, ujar ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru itu katanya, apabila rakyat sudah memberikan harapan terhadap janji-janji yang ditaburkan dan ianya tidak dapat dilaksanakan, ia adalah satu penipuan kepada rakyat.

“Akujanji dalam manifesto tetap akujanji. Bukan apabila tidak boleh melakukan dalam tempoh 100 hari kononnya manifesto ataupun janji ini bukan kitab suci. Tak boleh buat, tak boleh buatlah..jangan nak memesongkan dan cari alasan.

“Apakah ciri-ciri orang munafik? Apabila berjanji tidak ditepati..bila bercakap, bohong. Kalau tahu tidak boleh laksanakan, jangan berjanji. Ini menipu rakyat, rakyat percaya dan meletakkan harapan akhirnya tidak dapat melakukannya,” kata Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pencelahan daripada ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong ketika membahaskan usul Titah Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat, Khamis.

Ka Siong di dalam pencelahannya memohon penjelasan daripada Zahid mengenai implikasi Pakatan Harapan (PH) tidak melaksanakan janji-janji manifesto setelah rakyat mempercayai janji-janji tersebut dan memberikan mandat kepada mereka untuk menjadi kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Susulan daripada jawapan Zahid itu ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer telah membangkitkan peraturan mesyuarat 36(4) meminta Zahid yang juga ketua pembangkang supaya menarik semula perkataan munafik yang digunakan.

Namun begitu timbalan speaker, Nga Kor Ming setelah mendengar penjelasan daripada Zahid berpendapat ianya tidak prejudis justeru tiada keperluan untuk ditarik balik.

“Saya dengar penjelasan daripada Yang Berhormat Bagan Datuk, dia buat kenyataan secara prinsip. Dia tidak menuju kepada Perdana Menteri. Maka jika dia buat kenyataan umum macam itu, maka dia tidak prejudis,” katanya.

Sementara itu Zahid di dalam ucapannya turut berharap agar kerajaan PH dapat meneruskan dasar-dasar kerajaan terdahulu yang bermanfaat kepada rakyat.

“Kita harap (kerajaan) jangan bakul sampahkan dasar-dasar yang baik yang telah dilakukan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.

Sumber: BN Portal

Comments

Comments