Kalau tak temberang, bukan Saifuddin Nasution namanya

Sebelum ini, isu ‘surat Zuraida’ mengundang pelbagai reaksi bercanggah dari kem Anwar-Saifuddin yang jelas menjadi kelam kabut. Sumber (gambar): Fail TTF

كالاو تق تمبيرڠ، بوكن صيفالدين نساوتياون نامڽ

Sebentar tadi, Datuk Seri Saifuddin Nasution memberitahu bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan salah laku disiplin.

Tetapi apabila ditanya sama ada surat itu dikeluarkan atas sebab ucapan ataupun kehadiran Zuraida dalam mesyuarat-mesyuarat parti, Saifuddin  enggan mengulas lebih lanjut.

Adakah Saifuddin selaku Setiausaha Agung PKR ingin kita percaya bahawa Lembaga Disiplin PKR hanya memaklumkan kepadanya Zuraida diberi 14 hari untuk menjawab surat salah laku tanpa mendedahkan jenis salah laku yang dimaksudkan?

Nampak sangat PKR berada pada tahap kritikal, di mana Anwar dan Saifuddin terpaksa menipu pihak media bagi menimbulkan persepsi seolah-olah parti tersebut berada dalam keadaan terurus dan kekal dalam gengaman Anwar.


PETALING JAYA: Sebentar tadi, Datuk Seri Saifuddin Nasution memberitahu bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan salah laku disiplin.

“Bermula semalam, beliau ada 14 hari untuk beri penjelasan dan selepas itu barulah Lembaga Disiplin akan buat apa-apa tindakan selanjutnya, sama ada pendengaran atau digugurkan. Itu dalam tanggungjawab Lembaga Disiplin,” katanya.




Tetapi apabila ditanya sama ada surat itu dikeluarkan atas sebab ucapan ataupun kehadiran Zuraida dalam mesyuarat-mesyuarat parti, Saifuddin  enggan mengulas lebih lanjut.

“Saya tak privy kepada itu sebab Pengerusi Lembaga Disiplin hanya melaporkan perkara itu (di dalam mesyuarat hari ini) sebab itu dalam bidang kuasa beliau,” katanya.

Tak pelik?

Adakah Saifuddin selaku Setiausaha Agung PKR ingin kita percaya bahawa Lembaga Disiplin PKR hanya memaklumkan kepadanya Zuraida diberi 14 hari untuk menjawab surat salah laku tanpa mendedahkan jenis salah laku yang dimaksudkan?

Bukankah keputusan Lembaga Disiplin perlu dimaklumkan kepada pucuk pimpinan parti terlebih dahulu memandangkan pihak yang mengumumkan perihal surat berkenaan ialah kepimpinan pusat, bukannya Lembaga Disiplin?

Sebelum ini, isu ‘surat Zuraida’ mengundang pelbagai reaksi bercanggah dari kem Anwar-Saifuddin yang jelas menjadi kelam kabut.

Pada penghujung bulan Ogos, Zuraida mendedahkan bahawa beliau tidak hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) kerana tiga pucuk surat yang ditujukannya kepada Presiden PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dilayan.

Loading...

Menurut beliau, surat tersebut adalah bagi membincangkan perihal kemelut yang melanda PKR melibatkan Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Dato’ Seri Azmin Ali.

Pada 1hb September 2019, Anwar mengesahkan menerima surat-surat tersebut dan mendakwa pihaknya sudah membalas satu daripada tiga surat yang dikirimkan.

Menurut Anwar lagi, dua surat lagi akan dibalas oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Walaubagaimanapun, pada keesokkan harinya, Saifuddin mengesahkan menerima hanya sepucuk surat dan bukannya tiga sepertimana yang disahkan Anwar.

“Saya cuma nak sebut tentang surat, surat yang dikirim satu dan itu telah dijawab dan dihantar pada serahan tangan,” katanya.

Kesemua ini menunjukkan PKR berada pada tahap kritikal di mana Anwar dan Saifuddin terpaksa menipu pihak media bagi menimbulkan persepsi seolah-olah parti tersebut berada dalam keadaan terurus dan kekal dalam gengaman Anwar.

Dan hari ini, kita diminta percaya bahawa Lembaga Disiplin PKR mengeluarkan surat tunjuk sebab yang kandungannya ditdak diketahui setiausaha agung parti.

RJ RITHAUDEEN



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...