‘Kalau tiada penyangak, saya boleh rundinglah..”

“Kalau tiada penyangak maka saya boleh rundinglah” – Mahathir. Sumber (gambar): TTF

ءكالاو تياد ڤڽاڠاق، ساي بوليه رونديڠله..”

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian sedia mempertimbangkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah Perikatan Nasional (PN) hanya sekiranya tiada ‘penyangak’.

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, situasi ini bukanlah bermakna beliau menyokong namun terbuka menjalinkan kerjasama berkenaan asalkan tiada penyangak.

Sebelum ini, satu portal berita melaporkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan PN sedia menerima mana-mana individu untuk menyertai kerjasama itu.


LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian sedia mempertimbangkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuklah Perikatan Nasional (PN) hanya sekiranya tiada ‘penyangak’.

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata, situasi ini bukanlah bermakna beliau menyokong namun terbuka menjalinkan kerjasama berkenaan asalkan tiada penyangak.




“Dahulu, saya bekerjasama dengan parti lawan pun. Kalau tiada penyangak maka saya boleh rundinglah,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa PN bersedia menerima mana-mana individu menyertai kerjasama itu termasuk Dr Mahathir.

BACA JUGA: MARZUKI: KATA-KATA MAHATHIR DISALAH TAFSIR, PEJUANG TIDAK SOKONG MUHYIDDIN SEBAGAI PERDANA MENTERI

Ketika diminta menyatakan siapa individu yang dimaksudkan sebagai penyangak itu, beliau secara berseloroh menyatakan seluruh rakyat Malaysia mengenali individu tersebut.

Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih di Masjid Al-Ehsan Temonyong, Langkawi pada Jumaat.

Sebelum ini, satu portal berita melaporkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan PN sedia menerima mana-mana individu untuk menyertai kerjasama itu.

Menurutnya, individu berkenaan termasuklah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad namun perlu mengikut semua ditetapkan oleh perlembagaan parti tanpa apa-apa syarat.

Sumber:

MUST READ:

Sudah mula usaha rahsia cantas Zahid melibatkan orang Najib (Pendedahan)

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...