
Khairuddin Abu Hassan
ءكالي اين ساي ترڤقسا برستوجو ڤنداڠن رڤق برهوبوڠ زاهيد مد اريڤء
Saya terpaksa bersetuju dengan pandangan serta komen ringkas raja petra kamaruddin mengenai Zahid Md Arip.
Pada kelazimannya, saya selalu mempunyai perbedaan pendapat mengenai hal ehwal politik dengan RPK dan selalu ‘bertegang leher’ dengan beliau.
Tetapi apabila RPK ‘upload’ komen ringkas mengenai Zahid Md Arip, saya terpaksa akur serta bersetuju dengan kadar seratus peratus dengan beliau.
Sesiapa saja yang menjadi tuan kepada Zahid Md Arip akan menerima nasib yang sama dari beliau kelak.
Zahid Md Arip adalah sejenis manusia yang tidak tahu berbudi atau mengenang budi pada tuan-tuan dia.
Akhirnya, setelah matlamat tercapai maka dia akan menggigit tuannya sendiri tanpa sebarang perasaan bersalah dan sebagainya.
Sebagai imbasan kembali lihat saja gelagat buruk Zahid Md Arip ini. Dia ini dapatlah diibaratkan seperti ‘kaduk tak pernah naik junjung’.
Suatu masa dahulu dia seorang penyokong taksub ‘manusia berpenyakit’ Anwar Ibrahim. Setelah menjawat jawatan tertentu dalam PKR dan mula dikenali sikit, dia gigit ‘manusia berpenyakit’ Anwar Ibrahim sehingga menubuhkan satu platform menentang presiden PKR ini secara habis-habisan.
Dia menjadi ‘mursyidul am’ pada gerakan anti Anwar Ibrahim pada waktu itu.
Kemudian pergi ‘nenyembah’ Najib Razak dan Rosmah Mansor.
Dah mula senang sikit dia gigit pula tuannya yang ‘kaki penyamun’ nombor satu negara kini.
Kalau ikut kenyataan Tan Sri Isa Samad, beliau lantik Zahid Md Arip sebagai pegawai khas politik di FELDA atas nasihat Najib Razak.
Lihat saja nasib Tan Sri Isa Samad selaku tuan kepada Zahid Md Arip di FELDA!! Kini, Tan Sri Isa Samad pun kena gigit dengan Zahid Md Arip.
Apabila meroyan tiada tuan lagi; bila dia lihat kami tubuh Deklarasi Rakyat datanglah pula cuba bernaung di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad.
Peringkat awal tubuh parti PPBM, Zahid Md Arip dah mula memaki hamun Muhyiddin Yassin ‘pengkhianat nombor satu’ sehingga menggelarkan presiden PPBM sebagai anjing dan sebagainya.
Tun Dr Mahathir Mohamad kutip ‘sampah’ ini dan lantik beliau sebagai setiausaha politik kepada perdana menteri’.
Budak ‘sampah’ Zahid Md Arip ini menangis merayu agar Tun Dr Mahathir Mohamad lantik dia sebagai Setpol PM!!
Atas belas ehsan serta aimpati secara ikhlas Tun Dr Mahathir Mohamad buat perlantikan tersebut.
Akhirnya kini, Zahid Md Arip sanggup memfitnah serta ‘ menikam belakang’ Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menaikkan mertabatnya pada suatu masa dahulu.
Kini, tunggulah giliran Muhyiddin Yassin pula. Muhyiddin Yassin dah pun pernah digelar ‘anjing’ oleh Zahid Md Arip.
Yakinilah cakap saya, selepas ini sama-sama kita tunggu dan lihat cara bagaimana pula dia akan mengigit tuannya yakni perdana menteri kerajaan ‘tebuk atap’ masakini.
Cuma bila zahid md arip gigit Muhyiddin Yassin, saya nak ketawa habis-habisan dan ucap tahniah pada Zahid Md Arip.
Bila dia gigit tuannya yang terbaru ini saya akan menjadi orang pertama ucap tahniah pada Zahid Md Arip.
‘Gigit’ Muhyiddin Yassin memang patut dan seharusnya berlaku kerana perdana menteri kerajaan ‘tebuk atap’ ini juga sejenis manusia pengkhianat yang tak tahu mengenang budi Tun Dr Mahathir Mohamad!!
Apapun, kali ini saya ‘angkat topi’ pada Raja Petra Kamarudin!
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
